11

2.5K 110 0
                                    

Nazim hanya menyandar lesu di sofa,amukan mama dan kakaknya tidak diendahkan. Di hatinya kini, hanyalah dendam! Dendam terhadap seseorang yang telah menyebabkan hidup dia hancur. Harapannya musnah!.

"Naz! Kenapa kau diam Aje? Dah tak ada suara?" suara tinggi kakaknya bergema.

"Apa dia kak?" soal Nazim sambil mengerut dahi.

"Hei..kau tak payah nak buat tak tahulah! Dah banyak kali dah aku dengan mama tanya kau! Siapa Alyana?" soal Nazira sambil menjegil mata.

Nazim mengerling mamanya yang sedang menangis itu.

"Dia kawan Naz masa universiti dulu"

"Takkan kawan aje? " Datin Rozana bersuara.

Nazim terdiam.

"Dengan apa yang Naz dah buat dengan dia. Takkan kawan macam tu? Naz bercinta dengan dia! Kawan ke dia? Naz bagitahu mama, siapa budak tu! Anak siapa? Mama nak jumpa dia!" Datin Rozana memandang tajam anaknya.

"Mama tak payahlah nak jumpa dia..mengarut Aje!" balas Nazim begitu marah.

"Kenapa pulak mengarut? " Nazira menyoal marah.

"Ma! Ok..memang Naz ada bercinta dengan dia. Tapi Naz..tak pernah pun buat benda-benda pelik dekat dia. Naz takkan sakiti dia. Kalau mama nak tahu..Alyana tu bukannya baik mana pun" Nazim cuba mempengaruhi mamanya.

Datin Rozana mengerutkan dahi.

"Tak baik? Huh! Naz tak payahlah nak berdalih. Naz nak tutup segala salah Naz? Sekarang ni bagi mama, Naz dengan budak Alyana tu yang salah! " Datin Rozana menggertaknya.

"Ya..Naz tahu Naz pun tak baik mana, tapi ma..." belum sempat Nazim hendak bercerita, Datin Rozana sudah bangun.

"Dahlah Naz..mama kecewa sangat. Apa yang mama impikan dah musnah. Harapan mama nak jadikan Innara menantu dah tak tercapai. Ini semua gara-gara Naz! Dan Alyana tu!" kecewa suara Datin Rozana.

"Ma..please..let me explain" Nazim cuba memegang tangan mamanya tetapi Datin Rozana pantas menariknya.

"Mama nak rehat.." Datin Rozana dengan wajah yang muram naik ke atas.

Nazim memegang kepalanya. Nazira memandang adiknya.

"Huh! Naz yang cari masalah kan? Sekarang tanggunglah! " Kata kakaknya pula.

"Kak..dengar dulu apa yang Naz nak cakap!" Nazim menekankan suara.

"Malaslah nak dengar! Meluat!" Nazira menjeling tajam lalu naik ke atas.

Nazim menumbuk meja, hatinya terlalu sakit. Marah! Geram! Semuanya bercampur baur. Kau tunggu Alyana..ini semua salah kau! Aku akan ajar kau..

........................-............................

Alyana berlunjur di atas katil, kakinya yang dibalut itu dipandang. Semasa dia sampai tadi, menangis-nangis emaknya apabila melihat keadaan dirinya. Tetapi dia berjaya pujuk emaknya.

Pintu bilik dikuak, Malik masuk sambil membawa dulang yang ada semangkuk bubur dan segelas air kosong.

"Adik, kenapa susah-susah hantar makan akak? Kan akak kata, akak boleh ambik sendiri" tegur Alyana.

"Akak ni..adik tak kisahlah, kakak kan sakit. Adik kenalah jaga" jawab Malik petah lalu meletakkan dulang di atas meja.

"Kakak makan ye" pujuk Malik sambil menghulurkan mangkuk berisi bubur pada kakaknya.

Alyana mengambil.

"Terima kasih..sayang adik akak, ni..kerja rumah dah buat belum?" soal Alyana.

Malik mengangguk.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now