44

2.6K 77 5
                                    

Alyana berdiri di hadapan tingkap, wajahnya nampak pucat dan lesu,Sejak malam Nazim memukulnya, Alyana pengsan dan apabila dia sedar Nazim sudah tidak ada. Mak Yam kata, Nazim sudah seminggu tidak pulang. Entah ke mana lelaki itu pergi, Alyana tidak tahu.

Selama seminggu ini jugalah dia rasa tidak sedap badan. Alyana selalu pening dan muntah-muntah. Alyana juga perasan, Datin Rozana tidaklah dingin lagi dengannya. Sewaktu Alyana duduk di meja makan, Datin Rozana ada menegurnya.

"Dah makan?" soal Datin Rozana tanpa ada riak di wajah.

Alyana sedikit terkejut dengan teguran Datin Rozana.

"Dah mama..eh! Datin" jawab Alyana gugup.

"Erm..kalau macam tu makanlah dulu. Nanti sakit perutlah pulak, muka tu dah tak bermaya aje" kata Datin Rozana lalu dia mahu meninggalkan dapur.

"Datin tak nak makan sekali?"

Langkah Datin Rozana terhenti.

"Makanlah dulu..dah kenyang" jawabnya lalu terus beredar dari situ.

Alyana yang terleka itu terkejut apabila namanya dipanggil. Alyana lihat Mak Yam yang berdiri di muka pintu.

"Alya..kawan Alya datang tu" kata Mak Yam.

"Kawan Alya? Kejap ya Mak Yam" Alyana menyarungkan tudung bawal ke kepalanya.

Alyana menuruni anak tangga dengan berhati-hati kerana kakinya sakit disebabkan perbuatan Nazim semalam. Dengan langkah yang lemah dan terhincut-hincut dia mengatur menuju ke arah pintu pagar.

"Alya.." Innara terus memeluk Alyana. Alyana membalas pelukan Innara. Syahrul yang berdiri di belakang Innara hanya tersenyum.

"Alya.." Innara merenggangkan pelukan. Terkejut dia sebaik sahaja melihat tepi bibir Alyana lebam. Dahinya pula berparut dan pipinya lebam kemerah-merahan.

"Alya..kenapa ni? What happen to your face?" Innara sudah risau, dia memegang muka Alyana.

Alyana menggeleng. Innara tidak puas hati.

"Aku tahu..ini semua kerja Nazim kan? Damn!" bentak Innara.

"Alya.." Syahrul mendekati Alyana.

"Sampai bila kau nak macam ni Alya? Kitaorang risau tau pasal kau ni, sampai bila kau nak biarkan Nazim tu seksa kau? " kata Syahrul. Sedih hati Syahrul melihat keadaan Alyana.

Alyana senyum nipis kepada mereka.

"Selagi aku kuat berhadapan dengan semua ni. Tapi..bila tiba masa yang aku dah tak berdaya lagi..Aku rela undur diri" ucap Alyana sayu. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

"Alya..kau jangan sedih Alya. Aku bukannya apa, aku dah tak sanggup nak tengok penderitaan hidup kau Alya. Kau tahu tak betapa luluhnya hati aku tengok kau.." Innara sudah tidak dapat menahan air mata.

Air mata Alyana turut menitis.

"Nara..kau janganlah nangis, aku tak nak tengok kau nangis. Ini ujian untuk aku Nara. Aku akan jadi kuat, i tried to be strong even it's hard" kata Alyana sambil mengelap air matanya.

Innara mengukir senyum, dia menepuk bahu kawannya memberikan semangat.

"Tapi..kenapa ni? Kau macam pucat aje? Kau tak sihat ke ni?" Innara meletakkan tangan pada dahi Alyana.

"Ha'ah..you look so pale" celah Syahrul.

"Panas! Kau demam ni.."

Alyana menggeleng.

"Taklah..mana ada aku demam, aku kurang tidur itu yang nampak macam tak bermaya aje. Eh! Korang marilah masuk.." pelawa Alyana. Dia menceriakan suaranya.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now