7

2.4K 99 18
                                    

ALYANA mengerling jam tangan, sudah pukul 12 tengahari. Alyana berdiri di depan pintu pagar rumah banglo milik keluarga Nazim. Alyana sendiri yang meminta alamat rumah Nazim daripada Innara memandangkan Innara rapat dengan keluarga Nazim.

Berkali-kali juga Innara bertanyakan sebabnya,tetapi Alyana hanya membalas dia terlalu rindukan Nazim.sebab tu nak jumpa.

Alyana lihat kereta Audi R8 mula perlahan. Alyana pasti itu kereta Nazim, kereta itu berhenti di sebelah Alyana.

Nazim keluar dari kereta, dengan hempasan yang kuat. Dengan wajah bengis, dia berjalan laju menghampiri Alyana.

"What are you doing here?" soalnya keras.

Alyana nampak biasa sahaja.

"Saya nak jumpa awak" jawab Alyana selamba.

"Untuk apa? " tajam matanya menikam wajah Alyana.

"Nazim.. it's not you! Kenapa awak berubah sampai macam ni sekali?"

Nazim membuat muka bosan.

"Kau ni tak habis-habis dengan tu lagi? Kan aku dah buat pengakuan dekat kau hari tu? Tak faham-faham lagi ke? Kau nak aku jerit dekat telinga kau baru kau nak faham?" herdik Nazim.

"Buatlah apa yang awak nak! Saya tak kisah, nak jerit ke. Nak pekik ke, nak terlolong ke? I Don't care!" balas Alyana.

"Kau cakap ajelah! Kau nak apa? Kau nak tuntut apa? Aku tak pernah pun tiduri kau! Tak selera!" kasar bahasanya.

Alyana masih menampakkan wajah selamba.

"Saya takkan tuntut apa-apa harta awak. Yang saya nak tuntut hanyalah janji, kasih sayang, dan cinta daripada awak. Itu Aje!" tegas suara Alyana.

"Kau merepek apa ni? Hei..dahlah, kau berambus sekarang sebelum aku sendiri yang heret kau! Kau ni memang betul-betul tak sedar diri ke?"

Alyana terkedu.

"Kau masih tak cermin diri kau? Kau ingat perempuan sengkek macam kau layak ke dengan aku? Cuba kau cakap dengan aku!" Lantas lengan Alyana dicengkam kuat.

Alyana sesekali mengerutkan dahi menahan sakit akibat cengkaman tangan sasa Nazim. Tetapi wajahnya langsung tidak menampakkan rasa takut.

"Bercinta tak semestinya memandang status dan pangkat. Yang penting ikhlas dan jujur! Itu lagi penting!" balas Alyana lantang.

"Huh! Bila masa aku bercinta dengan kau? Kau tu yang berkhayal, tak sedar diri. Bagi aku, nama baik keluarga aku lagi penting dari cinta bodoh kau tu! Kau apa tahu tentang nama baik keluarga ni kan?" kata Nazim lantas melepaskan tangan Alyana dengan kasar.

"Nazim tolonglah jangan junjung ego awak? Tak tak percaya pada setiap patah kata awak. Saya tahu awak cintakan saya tetapi awak malu nak mengaku sebab saya ni orang miskin kan?"

Nazim memalingkan wajah ke arah lain.

"Tapi itu dah ketentuan. Nazim..saya cintakan awak sangat. Sungguh! Kita kahwin, macam mana pun penerimaan awak saya terima" Alyana ingin memegang tangan Nazim tetapi pantas ditepis.

"Hei bodoh! Aku nak tanya kau, kau ni memang jenis tak reti bahasa ke apa? Bengap? " sepantas itu, Nazim menolak kasar kepada Alyana.

Terkejut Alyana dibuatnya. Tindakan kasar Nazim betul-betul memeranjatkannya. Sepanjang dia hidup, dia tidak pernah melihat perlakuan kasar seorang lelaki. Abangnya, Hazrul pun tidak pernah naik tangan kepadanya.

"Aku tak pernah pun nak terima kau! Kau tu dalam mimpi aku pun kalau boleh aku haramkan tahu tak! Tak boleh terima hakikat betul kau ni? Hei..dahlah aku dah malas nak bertekak dengan kau, kalau aku cakap sampai berdarah telinga kau pun aku tahu. Kau takkan faham! Masih nak terhegeh-hegeh!" Nazim mengejek.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now