10

3K 131 2
                                    

Alyana menggagahkan diri untuk bangun, tetapi tidak berdaya. Kakinya terlalu sakit. Alyana mengesot menghampiri perhentian bas yang terletak tidak jauh daripada situ.

Alyana mengagahkan bangun, dia berpaut pada tiang lampu. Berkerut mukanya menahan sakit yang teramat.

"Allah..Allah.." ucapnya apabila kesakitan menjalar ke seluruh tubuhnya.

Baru Alyana hendak mengatur langkah, Alyana terjatuh semula. Darah yang sedari tadi mengalir tidak henti di kepalanya.

Air mata mengalir laju, sedih dengan dugaannya hari ini. Mata Alyana tiba-tiba menjadi kabur, dalam samar-samar Alyana melihat ada sebuah kereta berhenti berdekatannya.

"Ya Allah! Alya. Apa dah jadi ni?" hampir terjerit Syahrul apabila dia keluar dari kereta dia terus meluru ke arah sahabatnya.

Kepala Alyana dipangku, nampak lemah wajah itu.

"Kuat Alya..aku bawak kau pergi hospital." ujar Syahrul.Syahrul menggendong tubuh Alyana masuk ke dalam kereta.

Tidak lama kemudian, kereta Syahrul meluncur laju dari situ.

........................-..................................

Innara memandang kosong baju pengantin di hadapannya. Tiada langsung riak gembira mahupun teruja, wajahnya biasa sahaja.

Waktu itu, Datin Rozana muncul bersama mama Innara.

"Nara..kenapa ni, muram aje auntie tengok muka tu. Tak sihat ke?" risau suara Datin Rozana.

Innara melemparkan senyuman.

"Tak adalah auntie, Nara okey aje. Cuma penat sikit" balas Innara.

"Nara ni..ingatkan apalah tadi, risau auntie tau. Nara tu kan bakal menantu auntie, auntie kalau boleh tak nak Nara sakit" ujar Datin Rozana sambil mengusap bahu Innara.

"Jangan risaulah, Nara tak apa-apa."

"Nara rindukan Nazim Kut..." Datin Fauziah bergurau.

Rasa nak muntah Innara mendengar gurauan mamanya. Tetapi segera dia mengawal riak wajahnya.

"Alah..nanti datanglah dia, lagipun sekarang dia dah balik kerja. Dia cakap dia akan sampai dalam beberapa jam lagi" beritahu Datin Rozana.

Innara senyum paksa, tak gembira pun dia dengar.

"Nara..mama dengan auntie Zana nak keluar sekejap. Nara tunggu sini ye, kejap lagi mama datang balik. " pesan mamanya.

Innara hanya mengangguk, dia hanya memandang mamanya dan Datin Rozana keluar dengan hati yang kosong.

Innara memandang cincin tunangnya. Innara sudah bergelar tunang kepada Nazim. Sedih hati Innara kerana dia rasa seperti mengkhianati sahabatnya sendiri. Kesian Alyana..mesti dia sedih? Lagipun Alyana tidak tahu yang Innara sudah bertunang.

Innara serba salah, sudah lama dia tidak berjumpa dengan Alyana. Semasa di ofis, dia asyik mengelak dari berjumpa dengan Alyana. Makin sedih hati Innara. Innara mengambil telefon bimbitnya.

Nombor Alyana didail, tetapi hampa. Tidak berjawab. Innara tak sedap hati, dia mendail lagi. Barulah berjawab.

"Alya.." baru Innara hendak bersuara, suara di talian menjawab dulu.

"Nara..ni aku, Syah"

Innara mengerutkan dahi.

"Mana Alya?" soal Innara cemas.

Syahrul nampak serba salah.

"Syah! I ask you, where is Alyana?" tegas Innara menyoal.

"Alya masuk hospital, dia masih tak sedarkan diri" ujar Syahrul.

Derita Ciptaan DiaWhere stories live. Discover now