01

5K 198 16
                                    

。:゚LUTH THAQIEF ゚:。

"TUAN Muda sudah siap?" tanya lelaki separuh baya itu. Dia berdehem sebagai jawapan.

Kasut kulit hitamnya disarung, beg yang bergantung di bahu kiri dibaiki sedikit. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu.

"Uncle tak payah ambil Qief balik ni, Qief balik dengan Han," beritahu Thaqief.

"Baik tuan muda," akur si pemandu. Pandangan Thaqief jatuh ke luar, tenang. Hilang sedikit rasa gusar di hatinya.

Setiap hari, bangun tanpa kelibat ibu bapanya. Semuanya disebabkan tuntutan kerja di pejabat.

Outstation.

Thaqief mengeluh lagi, kadang terasa seperti tiada keluarga. Sunyi.

"Tuan muda, kita dah sampai."

Tersedar terus dia dari lamunan kejapnya tadi.

"Terima kasih, uncle. Assalamualaikum," salamnya dibalas mesra.

"Thaqief!" sapa satu suara. Terus jejaka itu tersenyum mesra, dua sahabatnya dirapati sebelum mereka berjabat tangan dengan gaya lelaki.

"Awal kau orang datang hari ni?" Thaqief bertanya dengan nada aneh.

"Luth Thaqief, ini Johan Scha lah. Mestilah datang awal untuk memastikan Romana International School ni dalam keadaan baik. Kau tahu apa?" Thaqief tergelak kecil, sementara Yusuf menjelingnya sekilas.

Johan Scha, Naib Presiden High-Community, Romana International School. Keyakinannya yang tinggi memang memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin, tetapi disebabkan takut mukanya berkedut akibat stres yang melampau. Akhirnya, jawatan presiden itu diberikan kepada Thaqief sementara Yusuf menjadi setiausaha.

"Qief, balik ni kau ikut tak?" Yusuf bertanya.

"Aku-auch!" satu susuk tiba-tiba merempuhnya dari depan.

Dadanya yang berlapik baju itu tiba-tiba terasa suam. Menunduk, gadis di hadapannya dipandang, jelas wajah cantik yang mula pucat itu menyapa pandangan. Bergetar bibir merah itu dibuatnya melihat kemeja putih Thaqief sudah bertukar warna.

Matanya terkedip-kedip dan berair penuh.

"S-saya b-betul-betul min-minta maaf, s-saya rushing tadi." Terketar-ketar suara si gadis meminta maaf. Cawan hot chocolate di tangannya dipegang erat, rasa panas di tangannya diabaikan.

"Tch, kau buta ke apa? Habis baju dia kotor, pagi lagi kut!" jerkah Yusuf bengang. Jatuh juga air mata gadis itu, dia takut.

"Yuta, relaks lah. Aku okay," Thaqief menyampuk. Yusuf berdecit kasar. Tak puas hati dengan reaksi Thaqief. Dialihkan pandangan ke tempat lain.

Thaqief senyum sedikit. Dia tidak kisah bajunya kotor sebab sememangnya dia selalu membawa baju lebih ke sekolah. Takut tiba-tiba ada latihan bola keranjang, senanglah dia mahu menukar pakaian.

"B-badan a-awak ke-kena air panas," kata si gadis. Baju kotor Thaqief ditunjuk dengan jari.

"It's okay, aku pakai baju lain dekat dalam. Tangan kau-"

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now