20

1.7K 87 45
                                    

AAMIIN aamiin ya Rabbal Alamin,” tapak tangannya disapu pada muka. Air mata yang mengalir turut dikesat sama. Atiqah termenung memandang sejadah yang menjadi tempat dia bersujud tadi.

Tenang.

Dia rasa tenang.

“Mulakan hidup baru dan lupakan semuanya. InshaaAllah, kau boleh,” pujuknya sendiri. Hari ini sudah masuk minggu kedua dan rasa itu masih sama.

Tak apa. Atiqah kuat.

Kuat.

Hari ini juga dia bakal bertemu dengan lelaki itu.

Takut, malu, berdosa semuanya bercampur-baur.

“Allahuakbar,” mukanya diraup perlahan. Cuba menguatkan semangat yang dah lama lemah. Dia baru sahaja baik dari demamnya dan semalam ibu bapanya balik dari Dubai.

Gemuruh.

Sejujurnya, dia malu ingin berdepan dengan kedua orang tua itu. Dia dididik dengan ajaran agama yang cukup malah walidnya seorang pendakwah yang terkenal. Dan disebabkan dia takut walidnya mengesyaki apa-apa, dia masih di situ.

Tidak lari dan menghadapinya sendiri.

Dia tak pandai menipu.

Dan dia tak berani untuk jujur.

Bunyi ketukan pintu menyentak lamunannya. Pantas dia bergerak ke arah pintu dan dikuaknya perlahan. Wajah manis seseorang terpapar pada pandangan mata.

“K-kak Aifa, ada apa?”

“Atiq belum solat subuh kan? Walid ajak Atiq solat sekali,” dahinya berkerut.

Biar betul apa yang dia dengar? Senyuman manis terus terukir di bibirnya.

Okay,”

Aifa itu tersenyum.

Puas juga dia pujuk walidnya tadi untuk memberi izin kepada adiknya itu. Tak pernah sekalipun mereka solat berjemaah bersama Atiqah. Selalunya hanya mereka bertiga, tak pun berdua saja.

Tipulah kalau tak terbit langsung rasa simpatinya.

“Kak, jom!” Suara teruja Atiqah menyentak nya.

Ah, jom.”

“ATIQ, kau okay ke grup dengan aku?” Damian bertanya apabila melihat gadis itu seperti tidak selesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“ATIQ, kau okay ke grup dengan aku?” Damian bertanya apabila melihat gadis itu seperti tidak selesa.

Sebenarnya tadi, dia dapat kad nombor lain tapi tiba-tiba saja Thaqief datang dan tukar kad nombor itu dengannya, mungkin tak mahu satu kumpulan dengan Atiqah. Sebab apa dia pun tak tahu. Sebelum ni, bukan main beria Thaqief apabila cakap pasal Atiqah.

Tiba-tiba berubah.

O-okay,”

Damian mengangguk.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now