“A-ABANG.. M-muhammad?”
Thaqief senyum. Kepala Atiqah diusapnya lembut, wajah kemerahan isterinya dipandang sayu. Dia duduk di birai katil.
“Kenapa ni, sayang?” tanya Thaqief lembut. Bibir Atiqah yang mencebik itu bergetar sedikit.
“B-bila saya boleh keluar? Bila boleh tengok Muhammad?” Atiqah bertanya perlahan. Tangan Atiqah digenggam erat.
“Lusa sayang dah boleh discharge. Lepastu, kita pergi tengok Muhammad sama-sama. Okay?” Atiqah mengangguk perlahan.
“Sekarang, sayang kena makan. Jangan sedih sedih.” Hidung Atiqah dicuit perlahan.
Atiqah senyum. Terus Thaqief tekup pipinya.
“Masyaallah.. cantiknya bidadari abang!” Puji Thaqief sambil tersenyum manis. Melihat senyuman manis Thaqief terus pipinya bertukar merah.
Thaqief ketawa. Bibir Atiqah dikucup lembut.
Makin merah mukanya.
Thaqief cantumkan dahi mereka.
“Abang rindu bidadari abang yang dulu. Jangan sedih lagi,” pipi Atiqah diusap perlahan. Hangat saja pipi dia dari tadi.
Thaqief senyum. Cantik.
“Abang,”
“Hm?”
“Lapar,” bisiknya perlahan membuatkan Thaqief ketawa kecil. Dahi Atiqah dikucup kejap sebelum dia jauhkan muka. Semangkuk bubur di atas meja diambil.
“Ibu buatkan sayang bubur. Sayang makan, ya?”
Atiqah mencebik sikit. Asyik bubur je..
Thaqief pandang dia. Comel!
“Ha, buat muka. Sayang kan tengah pantang, mana boleh makan pelik-pelik. Jadi, sayang makan saja.” Pipi Atiqah ditarik perlahan. Atiqah angguk perlahan. Tanpa berkata apa-apa, dia menadah tangan.
“Abang, bacalah doa.” Tangan Thaqief digoncang sedikit. Dia senyum.
Merajuklah tu.
Buktinya, Atiqah langsung tak angkat muka pandang Thaqief. Doa dibaca perlahan.
Pipi Atiqah dikucup laju.
“Jangan merajuk, sayang. Abang minta maaf,” bisik Thaqief perlahan. Muka Atiqah menghangat malu. Dia geleng perlahan sambil tersenyum.
“Bismillah.. sayang, buka mulut. Aaaa..” Mulut Thaqief turut ternganga sama. Atiqah ketawa kecil. Mulutnya dibuka. Bubur kosong itu dikunyah perlahan kemudian dahinya berkerut sedikit. Thaqief terperasan riak wajah Atiqah itu tersenyum kecil.
Dia kucup lembut dahi Atiqah.
Suka melihat Atiqah senyum.
“Kesian bidadari abang. Tak sedap, ya? Tak apa, lain kali biar abang masakkan. Will that be okay?”
Atiqah diam. Tangan Thaqief yang memegang sudu itu disentuh. “Tak apa, sedap je. Abang suaplah lagi. Saya lapar..”
Thaqief akur saja. Selepas sesudu, sesudu lagi disuapnya sehingga licin mangkuk putih itu.
“Dah kenyang?” Soal Thaqief sambil jarinya mengesat sisa bubur di tepi bibir Atiqah. Kemudian, jarinya dijilat semula. Atiqah angguk laju membuatkan bibirnya mengukir senyuman.
Suka betul bila Thaqief amalkan sunnah Rasulullah yang satu itu.
“Nah, minum air.” Segelas air dihulurkan kepada Atiqah.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...