"A-AISYA.. abang pergi panggil doktor sekejap." Dahi Atiqah dikucup sebelum Thaqief cepat-cepat keluar dari situ.
"A-abang.."
Atiqah tunduk memandang perutnya yang sudah kempis. Air matanya mengalir perlahan.
Kenapa Thaqief tak nak jawab soalan dia?
Mana Aisya?
Anak dia selamatkan?
"Puan, ada rasa sakit dekat mana-mana?" Soalan itu menyentak dia. Doktor wanita itu dipandang.
"M-mana anak s-saya?"
Diam. Masing-masing langsung tak menjawab.
"Kita periksa puan dulu, ya?"
Lama, barulah Atiqah mengangguk.
"Jahitan masih belum kering, jadi puan tak boleh lasak sangat." Nasihat doktor wanita itu. Thaqief mendekati Atiqah semula. Kepala Atiqah dikucup.
"I love you," bisiknya perlahan.
"Boleh saya cakap dengan encik sekejap?" tegur doktor wanita itu. Thaqief mengangguk.
"Nanti abang datang balik," pamit Thaqief. Mereka keluar meninggalkan Atiqah di situ.
"Encik, buat masa sekarang emosi dia kurang stabil. Jadi jangan push dia, bagitahu elok-elok, bincang. Jangan buat dia rasa dia yang salah, yang penting jangan biarkan dia rasa keseorangan. Keadaan sekarang, dia memang perlukan sokongan dari keluarga dan orang sekeliling. Memang kebanyakan ibu memang akan mengalami depression selepas kehilangan bayi, tambah lagi dia masih muda. Susah nak kawal emosi,"
Thaqief mengeluh seketika. Dia tak tahu cara terbaik untuk terangkan pada Atiqah.
"Pujuk dia baik-baik, saya yakin dia boleh terima."
Thaqief angguk perlahan. "Terima kasih, doktor."
Nafas ditarik dalam.
"Allahuakbar," pintu ditolak. Terus mata Atiqah memandang ke arahnya. Thaqief duduk di birai katil. Belum sempat dia cerita pun, Atiqah dah menangis.
"Sayang, kita makan nak? Lepas makan, bidadari makan ubat. Baru tidur," Atiqah menggeleng.
Lengan Thaqief dipegang dengan kedua belah tangannya. "K-kenapa abang t-tak jawab? M-mana Aisya, abang? D-dia ada, kan? D-dia selamatkan? A-abang.. ja-jangan lah diam,"
Lengan Thaqief digoncang memaksa lelaki itu berkata-kata.
"Sayang.." Tubuh Atiqah terus ditarik ke pelukan.
"A-abang, jawab lah.." Bahu Thaqief ditolak dengan kudrat lemahnya. Thaqief eratkan pelukan.
"Abang minta maaf," Ucap Thaqief. Atiqah menggeleng.
"K-kenapa abang minta maaf? M-mana Aisya?" Thaqief peluk dia terlalu erat. Erat sangat.
"Aisya dah tak ada, sayang."
Atiqah diam.
"A-apa maksud a-abang..?" Dada Thaqief dipukul lemah, menolak lelaki itu menjauhinya.
Kedua pergelangan tangan Atiqah dipegang lembut dan ditarik rapat ke dadanya.
"Shh.. abang m-minta maaf. Allah lagi s-sayangkan dia," Bisik Thaqief perlahan.
Atiqah menggeleng. Tak percaya.
"A-abang ti-tipu! D-dia ada, d-dia tak tinggalkan kita!"
"Sayang, jangan macam ni.." Belakang badan Atiqah diusap perlahan cuba menenangkan isterinya.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...