“ATIQ, aku tak paksa kau cerita. Tapi aku ni kawan kau, kalau kau tak nak cerita dengan aku sekalipun, kau cerita dengan ibu, ya?” pujuk Zulaikha. Dia tahu ada sesuatu, bukannya perasaan risau dia menghilang semalam.
Atiqah diam. Dia cuma mengangguk lemah.
Bukan tak mahu, tapi dia malu.
Aib dia.
Aib Thaqief.
“I-ika pergi mana semalam, kenapa pakai baju ni?” tanya Atiqah. Cuba menukar topik.
Zulaikha menunduk memandang baju sendiri, dia garu kepala. Serba salah pula kerana tinggalkan Atiqah semalam.
“Maaf sebab jadi bodoh semalam, aku.. aku jatuh kolam lepastu aku tak sedarkan diri. Tapi! Aku dah okay dah,” cerita dia.
“Macam mana awak boleh jatuh?”
Aduh, dia nak jawab apa ni?
Nasib baiklah, ayahnya belum balik dari kerja. Kalau tak entah apa yang dia nak jawab nanti.
“Aku bagitahu kau ni, kau jangan bagitahu abah aku tahu!” Atiqah mengangguk perlahan. Jemari di riba digenggam bersama.
“Johan tolak aku,” mata Atiqah membulat.
Kesian Zulaikha!
“Ta-tak baiknya..”
“Itulah, aku ni cuma nak membantu. Tiba-tiba, aku yang kena tolak. Aku patut berhenti kisahkan orang lepas ni. Tapi, aku kena kisahkan kau. Serius, aku menyesal join majlis tu.”
“Atiq pun..”
Ya, dia menyesal.
Menyesal sangat-sangat.
Walidnya memberikan dia kepercayaan, tapi ia musnah pada hari pertama dia di sana. Sehingga tanpa dia sedar dia menangis.
Sehingga terhinjut-hinjut bahunya menangis. Zulaikha terus saja menoleh.
“Atiq..” Bahunya dipegang Zulaikha lembut.
Wajah gadis itu bertukar risau.
“Kau kenapa ni? Janganlah menangis..” pujuknya lembut. Spontan badannya dipeluk Atiqah.
“Kau rindu ibu kau ke?” tanya Zulaikha. Dia tahu tiada sebab lain Atiqah menangis selalunya.
Tak, walid mesti sebab arwah ibunya.
“Atiq berdosa, Atiq hina, Atiq dah musnahkan kepercayaan walid, Atiq takut. A-atiq dah tak suci, Ika.. Atiq malu..”
Zulaikha pantas leraikan pelukan dan wajah sedih Atiqah ditatap dengan wajah serius.
“A-apa k-kau merepek ni?” Zulaikha tidak mengerti.
Atiqah menggeleng laju.
Dia tak merepek.
“Atiq t-tak ti-tipu.. A-atiq ke-kena rogol, Ika..” balasnya lirih.
Dia malu, malu sangat.
Allahu, rasa nak mati saja.
“A-Atiq.. aku..” Zulaikha kelu, seperti tidak percaya apa yang didengar namun melihatkan tangisan sahabtnya itu dia tahu gadis itu tidak menipu. Sayu tangisan Atiqah menyentuh gegendang telinganya.
“Atiq.. A-aku minta maaf sebab tinggal kau semalam.. Aku patut teman kau bila kau kata kau tak sihat. Maaf..” Atiqah kembali dibawa ke dalam pelukan.
Air mata Zulaikha mengalir. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah sekalipun gadis itu menangis seteruk ini.
Zulaikha, apa kau dah buat?!
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...