13

1.5K 90 47
                                    

“IKA, kita balik sajalah. Atiq takutlah..” 

Zulaikha menoleh seraya menggeleng. Mereka baru sahaja masuk ke dalam bas. Gila ke mahu keluar macam tu saja?

“Atiq, relaks. Aku ada, kenapa kau takut sangat ni?”

Tangan Atiqah digenggam.

Sejuk.

Mukanya pun pucat sejak tadi.

“A-atiq t-tak sedap hati..” Nafasnya cuba diatur semula. Jam tangannya dilihat.

09:00 pagi. Masih awal.

“Atiq, kau tak boleh gelabah macam ni. Selawat banyak-banyak, Inshaa Allah tak ada apa-apa.”

Gadis itu mengangguk perlahan. Belakangnya disandarkan pada kusyen dan pandangan dibuang ke arah luar. Dilihat saja bangunan-bangunan tinggi dengan pandangan kosong.

Sudahlah dia ini ada darah gemuruh. Semua benda nak ditakutkan.

“Aku minta maaflah kalau aku buat kau rasa terpaksa ikut,” ucap Zulaikha, serba salah pula melihat keadaan Atiqah sekarang.

Terketar-ketar. Nafas pun kedengaran tidak teratur.

Mana taknya, dari kecil dia dikongkong oleh walidnya. Mana biasa nak keluar lama-lama.

Atiqah menoleh sebelum menggeleng perlahan.

“Tak apa, lagipun mana tahu boleh tenangkan fikiran?” Zulaikha mengangguk.

“Kalau macam tu, kau kena relaks. Jangan gelabah sangat. Okay?”

Okay,”

Zulaikha tersenyum. Bahu Atiqah dirangkul.

“Janji dengan aku kalau ada apa-apa bagitahu aku. Bukan kau seorang je first time, aku pun.”

“Baik,”

“KAKAK kau ada dekat sini?”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“KAKAK kau ada dekat sini?”

Yusuf menggeleng tanpa memandang Thaqief.

“Dia dekat Jepun lagi,” jawab Yusuf. Dalam diam dia mengukir senyuman.

Zulaikha ada.

“Qief, kau ada masalah ke?”

Thaqief menggeleng kepala.

“Aku nampak macam ada masalah ke?” Yusuf angkat bahu. Entah apa yang difikirkan Thaqief pun dia tak tahu, yang pasti lelaki itu nampak serabut.

“Kau tak happy, bro,” simpul Yusuf.

Thaqief ketawa kecil.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now