37

1.4K 83 42
                                    

“KAU betul dengan keputusan kau, Suf?” soalan Kasyaf tidak dijawab, dia hanya termenung.

Memikirkan sesuatu yang sepertinya tiada jalan penyelesaian. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Itulah situasinya sekarang.

Rumah agam itu sunyi seketika. Seorang lelaki yang sedari tadi berdiri di kaunter dapur menghampiri mereka di ruang tamu.

“Bagi aku, kau tak salah.”

“Aku setuju,” Luke yang berdiri di muka pintu mengangguk setuju dengan kenyataan Damian.

“Aku dah tak nak menipu.” Kata Yusuf, dia kenal lelaki itu takkanlah dia mahu membisu saja. Thaqief sahabat dia.

Luke berpeluk tubuh.

“Bukan kau yang nak semua ni, dia pun tak salah. Dia cuma ikut arahan saja,” Kata Luke.

Dia tahu, dia ada di tempat kejadian.

“Sebab Naz yang nak semua ni, aku.. aku tak boleh kawal. Dia tu keras kepala..”

“Kita orang faham, tapi-”

“Kau dah bawa pendrive tu?” Yusuf memintas.

Luke mengeluh sesaat. Pendrive di dalam poketnya diambil dan diserahkan kepada Yusuf.

“Semua dah ada dalam ni?” tanya Yusuf. Pendrive di tangannya dipusing beberapa kali.

Luke mengangguk sekilas. “Aku dah dapatkan semua.”

Good. Thanks, bro.” Bahu Luke dipegang kejap. Jaket kulit miliknya disarungkan di badan. Mereka bertiga berpandangan.

Tak sanggup.

“Suf,” Kasyaf berdiri.

“Kau tahu benda ni boleh buat Thaqief benci kau,” kata Kasyaf, cuba menghalang perbuatan Yusuf.

Yusuf mengeluh singkat. Dia tahu, tapi dia sendiri sedar.

“Salah aku, memang patut pun dia benci aku.”

“Tapi Suf-”

“Kakak aku tu nanti, pandai-pandai lah aku settle. Kau tak payahlah sibuk. Ikut saja cakap aku, kau orang boleh balik,” arah Yusuf. Tahu yang dia bakal dimarahi oleh Maryam jika wanita itu tahu apa yang dia lakukan.

Mereka pandang Yusuf lama.

“Aku tahu dia takkan berdiam diri,” Damian berkata sinis.

“Zulaikha, macam mana dengan dia?” Kasyaf bertanya prihatin.

Tahu yang Yusuf tak mahu Zulaikha membencinya juga.

“Aku.. bukan untuk dia. Aku atau Naz, kami bukan untuk dia.”

Naz.

Lelaki itu betul-betul sudah menyusahkan hidup dia.

Ikutkan hati, dah lama dia hapuskan saja Naz. Tapi, dia tak boleh.

Naz sudah dianggap seperti abang sendiri.

“Yusuf, kita orang nak kau tahu. Apa sekalipun yang jadi, kita orang ada. Kita orang boleh jadi bahu untuk kau bersandar. Rumah untuk kau berteduh.” Kata Kasyaf.

” Kata Kasyaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now