MATANYA terbuka. Rangkulan Thaqief pada pinggangnya dileraikan sebelum bangun dari perbaringan. Bahagian pinggang dan belakangnya terasa seperti dicucuk.
Sakit.
Bahagian itu diurut perlahan.
"Sayang?" suara Thaqief kedengaran perlahan. Dia merapat dan rambut Atiqah diusap.
"Kenapa ni? Sakit pinggang ke?"
Atiqah mengangguk lemah.
Pinggang Atiqah dipeluk dan kepalanya disembamkan pada leher Atiqah. Dia terbangun, pantang betul kalau Atiqah tiada di sebelahnya.
"Mari abang urutkan, baring." Bahagian tilam di sebelahnya ditepuk. Atiqah menggeleng tak mahu.
"T-tak nak, sakit.." Tangan Thaqief di bahunya ditolak perlahan.
Thaqief ambil bantal dan disusun secara menegak. Ditepuk sedikit permukaan bantal itu. Dia bangun dari katil, tapi terasa tangannya dipegang. Dia menoleh.
"A-abang nak pergi mana? O-okay, saya baring." Atiqah yang baru saja ingin baring ditahan cepat. Walaupun biliknya agak gelap, dia nampak ada mutiara jernih mengalir di pipi isterinya.
"Kenapa ni?" Thaqief duduk semula. Jarinya menyapu perlahan air mata Atiqah.
"A-abang marah.." Tercebik-cebik bibir Atiqah ketika menuturnya.
Thaqief ketawa kecil. Wajah yang tertunduk itu dipegang supaya memandangnya.
"Siapa kata abang marah?"
"Abang nak tinggalkan s-saya tadi,"
Thaqief ketawa lagi. "Abang nak ambil minyak angin lah, sayang." Balas Thaqief bersama senyuman. Atiqah diam, dia termalu sendiri.
Hilang terus rasa sakit yang kini diganti dengan rasa malu.
"Ouh.. a-abang ambillah,"
Thaqief tersengih melihatnya. Pipi Atiqah dicubit. "Takut sangat abang pergi, eh?" Atiqah mengangguk dan dia tersenyum suka.
Comel.
"Sini, baring dekat abang." Bahu Atiqah dipegang dan badannya disandarkan pada dada Thaqief. Baju tidur Atiqah diselak dan ikatan kain batik dibuka menampakkan perutnya. Perut yang mula membesar itu diusap.
Mata Atiqah terpejam, mengantuk.
"Duduk diam anak papa, kesian mama." Thaqief menoleh sedikit memandang reaksi Atiqah, gadis itu buat tak tahu. Padahal, pipinya sudah kemerahan.
"Sayang, baby tendang! Eii, baby papa ni tak tidur lagi.." Thaqief berkata teruja. Atiqah tersenyum mendengar.
Setiap kali dia rasa tendangan si kecil itu, Thaqief pasti akan rasa teruja. Tak sabar nak pegang kaki bayi yang kecil itu.
Dia tersengih lebar.
"Sayang sakit lagi?" tanya Thaqief, baru teringat sebenarnya.
"Sikit," kata Atiqah.
Tanpa menunggu cepat tangannya bergerak membuka penutup botol kecil itu. Tangannya mengurut perlahan dari belakang tengkuk sehinggalah ke pinggang Atiqah.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...