"YANG kau kusut semacam ni kenapa?" tanya Thaqief, pelik melihat Johan yang tidak habis-habis bermain rambutnya.
"Rania.."
"Kenapa dengan minah tu?" tanya Yusuf kasar. Tidak suka betul jika nama gadis itu disebut.
Boleh rosak hari Sabtu dia.
"Dia suruh aku jauhkan diri daripada Ika. Cuba kau bagitahu aku, macam mana? Dia sudahlah anak angkat mummy." Suaranya diperlahankan, takut jika percakapannya didengar si ibu.
"Dahtu, kau ikut cakap dia?" Soalan Thaqief dibalas dengan anggukan. Yusuf sudah menggeleng, menyampah.
"Tak apalah, dah kau sayang dia kan? Nak buat macam mana, ikut sajalah," bahu Johan ditepuk Thaqief perlahan.
'ding dong'
Mereka mengalihkan pandangan ke pintu rumah, baru Johan ingin bangun ibunya menghalang. "Kamu buatlah kerja, biar mummy tengokkan." Johan pantas mengangguk sebelum duduk semula.
"Rania?" Yusuf sudah memejam matanya erat. Hilang mood study dia.
"Zulaikha, siapa ni?" Mata dibuka laju.
"Atiqah, kawan Ika."
Zulaikha ada.
"Marilah masuk, buat macam rumah sendiri." Mereka memandang tiga orang gadis yang baru saja masuk.
"Sejak bila you kawan dengan dia orang?" tanya Johan, pelik bila melihat Zulaikha dan Atiqah juga ada sekali. Bahu Johan ditepuk perlahan.
"I kan satu kelas dengan Ika, dia tu ada waktu I ajak Ika datang sini. Kesian pula nak tinggal dia sorang-sorang." Dengan sekuat hati badan Thaqief ditolak jauh memandangkan Johan duduk di tengah, nak tolak Yusuf tak berani.
"Tch," ikutkan hati dah lama gadis itu dipukul, nasib ada Atiqah. Dia bangun bergerak ke arah dua orang yang masih berdiri itu.
"Duduklah, Ika. Kau duduk dengan aku, ya?" Thaqief tanya Atiqah.
"T-tapi.." Tak sempat Atiqah nak berkata, tangan Atiqah ditarik ke halaman rumah, mereka duduk di meja batu di situ. Zulaikha ketap bibir. Sudahlah dia dengan Yusuf tidak pernah berbual. Nak tengok Johan, buat sakit mata saja.
"Jom," dia menoleh ke arah suara itu. Terkejut melihat Yusuf yang betul-betul berada di belakangnya.
"Aku tak selesa, aku tahu kau pun sama," katanya apabila terperasan perubahan riak muka Zulaikha.
"Cepatlah," lengan Zulaikha ditarik tanpa banyak soal. Rania sudah menggenggam erat tangannya, niat nak buat Zulaikha cemburu hancur macam itu sahaja.
"Eh, pergilah masuk dalam." Halau Thaqief. Yusuf menjelingnya.
"Suka hati akulah, tak elok kau duduk berdua dekat sini." Thaqief mencebik. Satu idea menjengah otaknya.
"Zulaikha kena duduk dalam, kita dengan dia tak satu kelas. At least, Rania ada boleh dia orang study sekali," cadang Thaqief.
"Eh, pahal pula! Tak ada, tak ada. Suka hati dialah!" Bentak Yusuf.
"Ish, kau memang tak boleh tengok aku senang kan?"
"Dahtu, kau nak aku menghadap muka perempuan gila dekat dalam tu?" balas Yusuf pula. Terjungkit kening Thaqief, dia tersenyum senget.
"Aku tak suruh pun kau pergi, aku cakap dekat Ika." Yusuf terdiam.
"Kau-"
"Merepek, kau tu! Asal nak berkepit dengan dia?" kali ini, Thaqief pula yang terdiam.
"I-itu-"
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...