MATURED
TUBUHNYA dihempaskan ke atas tilam nipis itu. Keluhan singkat dilepaskan. Tsaqif termenung memandang siling putih itu. Wajah kakaknya serta merta bermain di fikiran.
“Rindu..” Bibirnya mencebik sebelum tangisannya kedengaran. Bantal peluk di sebelahnya dipeluk erat.
“Ali,” tegur seseorang di muka pintu. Wajahnya tidak diangkat malah dia semakin kuat menangis. Puan Sarah menghampirinya dan melabuhkan punggung di sebelah tubuh Tsaqif. Rambut anaknya diusap lembut.
“Ibu..” Pinggang ibunya terus dirangkul dan dia menangis pula di riba wanita itu.
“Ri-rindu kakak..” Adunya dengan esakan. Puan Sarah tersenyum kecil. Dia juga rindukan anak perempuannya itu.
Semuanya terlalu tiba-tiba.
“Ibu tahu. Ali tak mahu lah menangis, tak macho anak ibu ni nanti.” Wajah Tsaqif diangkat memandangnya. Air matanya dikesat perlahan.
“Bangun, kita makan sama-sama. Semua orang tengah tunggu Ali dekat luar,” pelawa Puan Sarah. Tangannya tidak berhenti mengusap kepala anaknya itu. Tsaqif menggeleng tak mahu.
“Tak nak. Ada walid,” balasnya sebelum kepalanya kembali disembamkan pada bantal peluk tadi.
Tsaqif tahu semua ini berpunca daripada walidnya.
Dia tak marahkan Thaqief dalam hal ini, Thaqief cuma mahu Atiqah selamat. Mereka takkan pergi kalau bukan sebab apa yang Tan Sri Sulaiman lakukan. Dia betul-betul kesian dengan kakaknya. Datang ke sini tadi pun dia dipaksa, kalau tidak memang taklah.
Rumah yang Tan Sri Sulaiman bagi pun dia biarkan, lebih baik dia tinggal dengan ibu bapa kandungnya.
“Tak baik macam tu, sayang. Dia ayah Ali juga. Kakak pun dah maafkan dia, Ali pun kena maafkan dia juga.” Pujuknya lembut.
Sayang betul Tsaqif pada Atiqah.
“Yang, kenapa tak keluar lagi ni?” Encik Ahmad menegur di muka pintu. Dia berjalan mendekati mereka berdua.
“Ali? Kenapa ni?” Encik Ahmad bertanya risau.
“Dia tak nak makan dengan tuan, abang.” Puan Sarah membalas membuatkan Encik Ahmad ketawa kecil.
“Ali marah walid ke?” Tsaqif angkat wajahnya.
“Ali rindu kakak..” Encik Ahmad usap kasar rambut Tsaqif.
“Iya, ayah tahu. Kalau kakak tengok Ali macam ni nanti mesti dia sedih. Bangun, kita makan. Kalau walid buat apa-apa dekat Ali. Ayah pukul dia,” berani dia berkata.
Tsaqif ketawa. Air matanya dikesat.
“Janji?”
“Janji,”
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...