15

1.8K 91 122
                                    

MATURED & TRIGGER WARNING


MATA dibuka perlahan. Mukanya diraup perlahan. Tangannya naik mengurut belakang tengkuknya.

Dia rasa penat.

Tidurnya tadi terganggu kerana suara tangisan seseorang. Matanya terbuka tertutup beberapa kali, cuba menjelaskan pandangannya semula.

Dia toleh ke tepi dan matanya terus membulat.

Ada seorang perempuan menangis sambil menutup seluruh tubuh dengan selimut di sebelahnya.

Dia nampak pakaian yang bertaburan di atas lantai.

Thaqief menunduk memandang badan sendiri. Air liurnya ditelan kelat.

Tak.

Ini semua mimpi!

Shit,” carutnya perlahan. Rambut perangnya digenggam kuat dan disebak ke belakang. Lidah sudah menolak kuat isi pipi dari dalam.

Apa yang dia dah buat semalam?!

Sumpah! Dia tak ingat apa-apa!

Dia menoleh semula. Hanya suara tangisan yang kedengaran. Wajah gadis itu langsung tidak kelihatan.

Thaqief tersedar sesuatu.

Ini bukan bilik dia, mahupun Yusuf.

Tangannya dikepal kuat.

Pasti ada yang mahu perangkap dia!

Dengan penuh amarah, kedua bahu si gadis ditarik kuat sehingga tubuh lemah itu ditarik menghadapnya.

“Apa kau buat-” Thaqief terhenti bila gadis itu mengangkat wajahnya. Wajah kemerahan itu basah dengan air mata.

“A-atiqah..”

“K-ke-kenapa a-awak buat sa-saya ma-macam ni..?” Atiqah semakin teresak. Selimut tebal itu digenggam kuat.

Dia takut.

Dia jijik.

Dia sudah kotor.

Thaqief menggeleng tak percaya, rambutnya ditarik kuat. Dia yakin dia tidur di bilik Yusuf semalam.

“Macam mana aku boleh ada dekat sini?” Keras suara Thaqief bertanya. Atiqah menggeleng laju.

“S-saya t-tak tahu..” jawabnya lirih. Bangun saja dari tidur, dada Thaqief menjadi tatapan matanya dengan tangan lelaki itu memeluk erat pinggangnya.

Ya Allah, berdosanya dia.

Dia jijik dengan diri sendiri.

Seluruh tubuhnya terasa sakit dan lenguh. Sedar saja akan situasi itu, cepat-cepat dia menjauh. Dia nak keluar, tapi dia malu sangat. Mahu bangun dan keluar dari comforter ini pun dia tidak mampu.

Thaqief merengus.

“Kau perangkap aku kan?! Jawablah!” Bahu Atiqah dicengkam kuat. Mata Thaqief tajam mencerlung ke arah Atiqah. Sudahlah rasa cemburunya masih tersisa.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now