MATURED
WAJAH Thaqief yang sedang lena ditatap dari tadi. Jarinya naik bermain di sekitar wajah lelaki itu. Atiqah ketawa kecil melihat kerutan di dahi suaminya. Tiba-tiba, terasa pelukan di pinggangnya makin erat.
Atiqah terkaku. Tangannya beku di udara.
"Sayang abang ni kenapa, hm? Tak boleh tidur ke, lapar?" tanya Thaqief dengan suara serak basahnya. Matanya masih terpejam.
"Abang,"
"Hm,"
Melihat Thaqief yang masih mamai, terus Atiqah merapatkan wajah mereka. Bajunya digenggam kemas, matanya dipejam rapat.
'chup'
Bibir Thaqief dikucup laju. Spontan mata Thaqief terbuka.
Matanya membulat.
Wah, perubahan yang positif.
"Happy birthday," bibir Atiqah mengukir senyuman lebar. Begitu juga Thaqief. Pelukan di pinggang Atiqah dieratkan dan bibir Thaqief maju mahu mengucup lembut bibir isterinya, ditarik rapat tubuh itu ke tubuhnya.
"Thank you, bidadari," ucap Thaqief. Dia tertawa melihat wajah kemerahan itu. Pipi Atiqah dipegang dan bibirnya berlabuh di seluruh wajah cantik itu.
Terpejam mata apabila ciuman Thaqief menghujani wajahnya.
"A-abang.." Atiqah merengek perlahan. Tangannya naik menahan wajah Thaqief.
“Sayang ni comel sangatlah..” Thaqief ketawa.
Atiqah dipeluk erat.
Geram.
Kepalanya dilabuhkan di atas kepala Atiqah.
“Macam mana sayang tahu hari ni birthday abang?” tanya Thaqief. Pelik juga dia bagaimana Atiqah tahu. Sudah nama pun kahwin terjun, bila pula ada masa mahu berkenalan lebih.
“Appa,” jawab Atiqah, sepatah. Thaqief senyum lagi. Rambut Atiqah dicium.
"Dah, sayang tidurlah.." kata Thaqief. Bukan apa, esok sekolah. Kenalah bangun awal. Atiqah pula senyap mendongak memandang Thaqief yang kembali lelap.
Cepatnya lelap.
"Abang," pipi Thaqief dicucuk dengan jari.
“Hm,” Thaqief menjawab tanpa membuka mata, tangannya naik menepuk tepi pinggang Atiqah.
“Tidur, sayang..”
“Abang..” Atiqah memanggil lagi. Thaqief terus buka mata biarpun terasa berat. Dahi Atiqah dikucup lembut sebelum diusapnya dahi licin itu.
“Kenapa tak tidur lagi ni?”
“Saya ada buat kek, t-tapi kalau abang mengantuk.. tak apalah,”
Dahi Thaqief berkerut.
“Bila sayang buat?”
“Petang tadi,”
Thaqief mengangguk. Dia masih mengantuk, tapi bila tengok wajah Atiqah.. rasa kesian pula.
“Sayang nak makan ke?” tanya Thaqief. Atiqah ketap bibir dengan kepala yang menunduk. Dia nak makan, tapi tu kek Thaqief. Dia lapar, tapi Thaqief mengantuk.
Thaqief senyum bila Atiqah hanya diam.
Betullah tu.
“Jom, kita pergi makan.”
Thaqief bangun, tapi terasa tangan kecil Atiqah menghalangnya.
“A-abang tidurlah, esok sekolah,” tolak Atiqah sopan. Lengan Thaqief ditarik supaya baring semula. Tanpa Atiqah sangka, badannya pula yang dicempung.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
Lãng mạnCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...