11

1.4K 94 45
                                    

"SYED, balik ni kau free tak?" tanya si Jeffrey.

Syed yang dari tadi sedang mengemas beg berhenti. Wajah teruja kawan baiknya dipandang.

"Aku tak tahu lagi lah, Jeff. Kenapa, kau nak pergi mana-mana ke?" tanya Syed pula.

Jeffrey angkat bahu.

"Tak ada nak pergi mana, cuma aku plan nak siapkan awal projek tadi. Kita satu group kan?"

Syed mengangguk, mengiyakan.

"Okay lah kalau macam tu, apa-apa kau chat aku," kata Sicheng.

"Okay, kalau macam tu kita jumpa dekat perpustakaan pukul 5. Aku gerak dulu, assalamualaikum!" pamit Jeffery.

Seusai berkata begitu, cepat kaki panjangnya melangkah keluar dari bilik darjah.

"Waalaikumussalam," jawab Syed perlahan.

"Jeff, kejap!"

Jeffrey berhenti berjalan, dia berpusing menghadap Sicheng.

"Ada apa?" tanya Jeffrey.

"Kau kenal Tsaqif? Budak form one tu.." Jeffrey mengangguk dengan wajah yang mula membentuk kerutan.

"Dia sepupu angkat aku, kenapa?" tanya Jeffrey semula. Syed mengangguk kepala.

"Erm.. saja? Lagipun, kan haritu kecoh dia bergaduh dengan senior," Jeffrey mengangguk faham.

"Atiqah.. siapa dia?" tanya dia lagi. Ingin tahu.

Syed nampak Jeffrey telan air liur walaupun wajah kacak itu masih tenang. Terjungkit kening Syed dibuatnya.

"Err.. ni mesti sebab kes haritu kan? Baik kau tanya Tsaqif sendiri, aku pergi dulu!" pantas Jeffrey melarikan diri. Tersinggung senyuman sinis di bibirnya. Bayangan Jeffrey dipandang dengan ekor mata. Jam tangan dilihatnya.

4 petang.

Syed berjalan ke luar kelas. Matanya tertancap pada seseorang di hujung blok. Syed berjalan merapati tiga orang pelajar lelaki yang sedang melepak itu.

"Tsaqif," panggil Syed. Tsaqif menoleh, begitu juga dengan dua rakannya.

"Aku nak cakap sikit dengan kau, boleh?" tanya Syed. Teragak-agak Tsaqif mengangguk. Dua rakannya itu dipandang.

"Carl, Mika, kau orang pergi dulu. Nanti aku datang,"

Carl dan Mikael mengangguk sebelum beredar dari situ.

"Ada apa, bang?"

Syed pandang kiri kanan sebelum memulakan bicaranya.

"Kau.. anak angkat Tan Sri Sulaiman?" Walaupun dia pelik dengan soalan Syed, dia tetap mengangguk.

Betullah tu.

"Jadi, siapa Atiqah?"

"Nothing more than senior," jawab Tsaqif lancar. Syed mengangguk dengan wajah dingin.

Something's fishy.

"Kenapa abang tanya?" tanya Tsaqif tenang. Tak mahu tunjuk rasa keraguannya.

Syed mengangkat bahu.

"Saja, aku curious."

Bahu Tsaqif ditepuk perlahan.

"Terima kasih untuk jawapan tu dan.. aku harap kau tak menipu," kata Syed sebelum beredar dari situ. Tsaqif pandang belakang lelaki itu lama.

"Apa hubungan dia dengan kakak?"

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now