SPECIAL CHAPTER ♡

1.7K 77 10
                                    

MATURED

CEPAT masa berlalu.

Anak sulungnya kini berusia tiga tahun. Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk bagi Muhammad adik. Atiqah tersenyum suka. Perut kempisnya disentuh.

Tak sabar nak mengandung lagi!

Atiqah tekup pipi yang membahang hangat. Gatalnya dia ni. Bibir diketap menahan senyuman yang makin melebar.

Thaqief yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu memandang Atiqah pelik. Tersenyum sorang-sorang di atas katil sambil tekup wajahnya. Rambutnya dikesat dengan tuala kecil di bahu. Muhammad yang sedang bermain di atas lantai biliknya dirapati.

Baby boy, come. Kita kacau mama.” Wajah Thaqief dimain dengan jari lalu dia ketawa. Thaqief turut tersenyum.

“Pa.. pa.. mama.. cau!” Gumam Muhammad tidak jelas. Thaqief angguk.

“Iya, mama.” Bawah ketiak Muhammad ditampung oleh Thaqief sebelum wajah Muhammad didekatkan betul-betul di hadapan wajah Atiqah sambil menyergah.

“Mama!” Jerit Thaqief kuat. Terhinjut bahu Atiqah dibuatnya. Wajahnya ditekup malu mendengar tawa dua beranak itu di hadapannya.

Mesti buruk muka terkejut dia tadi.

“Abang!” Bahu Thaqief ditepuk kuat.

Dia ketawa kuat.

“Muhammad gelakkan mama, ya? Eii, nak kena ni!” Kalut anak kecil itu berlari turun dari katil. Kuat dia ketawa bila Atiqah bertindak mengejarnya. Thaqief tersenyum memerhati. Dia bangun dari katil ingin memakai baju.

“Mma.. no! Pa..”

Muhammad kemudiannya menyorok di sebalik kaki Thaqief yang masih bersarung tuala itu. Tersentak lelaki itu dibuatnya. Nasib saja tak tercabut.

Boy, nasib baik-”

“Dapat dia!” Badan kecil Muhammad dirangkul ke pelukan.

Terasa seperti ada yang aneh, terus Atiqah menoleh. Merah mukanya apabila tersedar yang dia tertarik tuala Thaqief sekali.

Masing-masing terkaku.

Erk.

S-sorry,” Ucapnya sebelum cepat-cepat Atiqah bangun dan Muhammad dibawa sekali.

Sempat mata anaknya ditutup dengan tangan. Thaqief ketawa kecil melihat Atiqah yang mencicit lari keluar, macam tak pernah tengok. Tuala yang jatuh tadi diikat kembali ke pinggang.

Nakal betul budak berdua tu. Tengoklah, dia dapat nanti habislah Atiqah dia kerjakan.

Muhammad tak apa, kecil lagi.

Siap saja memakai baju, Thaqief keluar dari walk-in closet. Bilik mereka kosong membuatkan dahi Thaqief berkerut pelik. Mana dua orang kesayangannya pergi?

Dia tertanya sendiri.

Kakinya bergerak ke ruang tamu. Tersenyum dia melihat mereka yang sudah tertidur di atas sofa di situ. Dia rasa tak lama pun dia pakai baju tadi.

“Sayang,” Seru Thaqief.

Rambut Atiqah diusapnya lembut. Wanita itu menggeliat sedikit. Thaqief angkat badan kecil Muhammad dan anaknya itu diletakkan di dalam biliknya. Sengaja dia mengajar Muhammad untuk tidur di bilik sendiri.

Senang sikit nak bermanja dengan Atiqah.

Good night, my boy.” Dahi Muhammad dikucup lembut. Baru dia ingin berpusing, ada tangan yang lebih pantas memeluk pinggangnya.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now