“QIEF, baliklah rumah, omma rindu sangat dekat kamu. Baliklah,”
Thaqief mengeluh di hujung talian. Bukan tak mahu balik, dia cuma tak suka dengan layanan yang wanita itu berikan kepada Atiqah.
Dingin saja.
Tambah lagi dengan perangai tak semengah sepupunya itu. Kalau dunia ini tak ada undang-undang, dah lama dia bunuh.
“Qief..”
“Fine, omma. Qief balik, but make sure ada keluarga kita saja. Tak ada orang lain,”
Senyuman wanita itu melebar.
“I promise you, bawalah Atiqah balik sekali. Nak juga kenal menantu omma tu,” berkerut dahi Thaqief mendengar bicara ibunya.
“Are you serious right now?” Puan Tania ketawa.
“Of course I'm serious.” Thaqief senyum lebar.
“Okay, good to hear that. Nanti Qief bawa Atiqah balik,” Panggilan ditamatkan dan telefon pintarnya diletakkan di atas meja.
Puan Tania mengukir senyuman sinis. One step closer.
“Memang taklah aku nak panggil perempuan jijik tu menantu,”
“ABANG buat apa?” Thaqief mengangkat kepala.
Nampak Atiqah, terus dia tersenyum.
“Sayang, come.” Tangan Atiqah ditarik duduk di kerusi di sebelahnya.
“Abang tengah buat homework. Huh, cikgu Hayati tu suka buat abang rasa dia kejam. Memanglah soalan tu tak susah mana, tapi tengok ni!”
Beberapa set soalan yang tebal diangkat di hadapan muka Atiqah.
“Banyaknya!”
“Dahlah nak esok. Gila ke apa?!” Ikutkan hati memang nak mencarut, tapi tak baiklah pula. Thaqief baringkan kepala di atas paha Atiqah dan perut besar itu dikucup.
“Sorry baby Aisha, suara papa kuat sangat ke? Sorry..”
Atiqah tergelak.
“Abang nak saya tolong ke?” tanya Atiqah.
Thaqief menggeleng.
“Tak apa, tak apa. Sayang teman saja, naikkan semangat abang. Tunggu sini,”
Thaqief bangun pergi ke arah rak buku. Buku rujukan diambil dan dia duduk semula di sebelah Atiqah.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...