“MARI kahwin,”
Ayat itu terus saja berputar di fikirannya. Perkenalan singkat mereka cukup buat hatinya terpaut pada lelaki itu. Tapi dia takut, dia tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki.
Tambah pula, Jaejoong sama seperti ibunya.
Islamophobia.
Setiap kali dia bercerita tentang minatnya yang satu itu, Jaejoong mesti mengelak dan menunjukkan rasa tak selesanya. Nampaknya, kedua orang yang dia sayang bencikan perkara yang sama.
Bahunya terasa dicuit dari belakang. Kelihatan seorang lelaki tersenyum miang ke arahnya apabila dia menoleh.
Dia tahu apa yang lelaki itu mahukan.
“Maaf, saya ada HIV.” Senyuman lelaki itu mati sebelum dia beredar dari situ. Alice mengeluh lega. Nampaknya, idea Jaejoong berkesan. Jam tangannya sudah menunjukkan jam tiga pagi.
Sudah lewat.
“Er.. kak,” tegur dia pada seorang perempuan yang memakai dress singkat separas paha. Terlalu mencolok mata sampaikan dia sendiri berasa malu. “Kau nak apa?”
“Ada eye shadow tak, kak? Saya nak pinjam boleh?” Wanita itu menjeling sebelum bekas berbentuk petak itu diberikan kepada gadis itu.
“Cepat sikit nak guna, aku ada banyak tempat nak pergi.”
Alice mengangguk. Bekas itu dibuka dan jarinya menggosok bahagian berwarna ungu tua dan disapu pada lehernya. Dia buat beberapa bulatan kecil seperti itu di sekitar kawasan leher dan bahunya.
“Kak, ada gincu tak?” Wanita itu merengus sebelum sebatang gincu dihulurkan.
“Kau ni, aku pelik. Segala benda tak ada, tapi laku. Iyalah, budak muda macam kau memanglah. Dah tua nanti, hm..” Alice cuma tersenyum nipis.
Dah lama dia tak lakukan kerja terkutuk itu. Setiap hari dia akan bekerja di kedai makan dan berlakon kononnya dia melacur.
“Tapi mak kau pun boleh tahan-”
“Terima kasih, kak.” Potong Alice, tidak mahu mendengar bicara wanita itu yang baginya merepek.
Dia sambung berjalan, sambil itu ikatan rambutnya dibuka dan diserabutkan. Bibirnya yang tercalit gincu digosok kasar sehingga comot. Dia mengeluh. Entah sampai bila dia boleh menipu.
“Alice!” Dia pantas menoleh mendengar suara itu. Senyuman terus terukir di bibirnya.
“Jaejoong,” tegurnya kepada lelaki yang masih termengah-mengah mengambil nafas. Lelaki itu berlari mengejarnya.
Terkejut.
“S-saya.. huh, saya cari awak dari tadi. Awak pergi mana?”
Alice tergelak kecil.
“Saya ada saja, awak yang sibuk sangat tadi. Dah lewat ni, awak masih buat bantuan lagi?” .
Dia menggeleng.
“Kan saya cakap, saya cari awak.” Alice mengangguk. Berbunga-bunga hatinya sekarang.
“Jom, duduk. Saya nak kenal awak semula.”
Berkerut dahi Alice.
“Kenapa dengan muka awak? Awak buat.. lagi?” Tanya Jaejoong sebaik saja mereka tiba di sebuah bangku di bawah lampu jalan. Walaupun malap, tetapi jelas pandangannya pada wajah putih itu.
“Tak, saya ikut apa yang awak suruhlah. Saya dah tak nak buat benda macam tu,” Jaejoong tersenyum sambil mengangguk.
Lupa pula, idea dia.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...