05

1.9K 110 17
                                    

KAKI Thaqief melangkah teruja ke kelas. Hari ini bakal diadakan perjumpaan mengikut biro pengawas dan hasil kuasa vetonya sebagai seorang presiden dia dapat tahu yang Atiqah rupanya seorang penolong ketua Badan Dakwah dan Kerohanian, Badar.

"Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada semua pelajar Romana International School, pada hari ini akan diadakan perjumpaan mengikut biro pengawas masing-masing. Jadi mohon kepada semua pelajar yang terlibat, anda diminta untuk menghadiri perjumpaan di lokasi mesyuarat sebaik sahaja selesai sesi persekolahan. Harap maklum, sekian terima kasih," suara seorang Hadith Damian bergema di satu sekolah.

"Yang kau tersengih macam kerang busuk ni kenapa?" tegur Yusuf di muka pintu. Wajah Thaqief dipandang malas.

"Hari ini ada perjumpaan kan?" tanya Thaqief. Berkerut dahi Yusuf sebelum dia lambat lambat dia mengangguk.

"Kau tak de-"

"Argh! Tak sabar!" potong dia sebelum berjalan masuk ke kelas tanpa mempedulikan Yusuf. Lelaki itu berdecit kasar.

"Gila,"

Baru Yusuf ingin masuk, bayangan seseorang dari jauh menarik perhatian. Dia kembali bersandar pada muka pintu. Senyuman nipis menghiasi bibirnya, namun senyumannya mati bila si dia menoleh. Laju saja kakinya melangkah masuk.

"Kau buat apa dekat pintu lama-lama?" soalan Thaqief langsung dibalas dengan gelengan.

"Tak ada apa, saja." Punggungnya dilabuhkan di sebelah meja Thaqief. Thaqief mula memerhati sekeliling, masih ramai yang belum datang.

"Mana Han?" tanya si Thaqief. Yusuf membuat muka menyampah.

"Dating,"

Thaqief menggeleng kepala. Apalah nak jadi dengan si Johan tu, mungkin rama-rama?

"Kau cari siapa? Atiqah?" tanya Yuta terus bila melihat mata Thaqief meliar ke seluruh ruang kelas.

"Aahh.. t-tak adalah. Aku-"

"Dia keluar tadi, pergi mana aku tak tahu," beritahu Yusuf tanpa dipinta.

Thaqief mengangguk selamba, cuba menutup rasa ingin tahunya. Yusuf menjeling malas.

"Kau pergi sajalah, aku tahu kau nak. Ada 20 minit lagi ni," balas dia sambil melihat jam di tangan. Thaqief yang hanya diam membuatkan dia berdecit. Ego tinggi macam Johan.

"Fine, aku keluar." Tanpa banyak bunyi, Yusuf bangun dan keluar dari situ. Melihat bayangan Yusuf menghilang dari pandangan, dia terus bangun keluar dari situ. Sekeliling koridor diperhatikan, sunyi. Tangan diseluk ke dalam poket sebelum berlalu dari situ cuba mencari kelibat Atiqah.

"Mana dia ni?"

Satu senyuman terbit di bibirnya melihat gadis yang sedang bercangkung di tepi surau sekolah. Perlahan-lahan, dia mendekati Atiqah.

"Kau buat apa?" sapanya mesra membuatkan bahu Atiqah terhinjut sedikit akibat terkejut. Lambat lambat dia berpaling, terus tegak badannya melihat Thaqief di belakang.

"Kau bagi kucing makan?" soal Thaqief walhal sudah terang lagi bersuluh di hadapannya sekarang. Dia bercangkung di sebelah Atiqah. Spontan, gadis itu berganjak sedikit.

"Iya," perlahan saja suara itu membalas. Thaqief tersenyum, anak kucing yang sedang ralit makan itu diusap lembut.

"Baik betul bidadari aku ni," spontan Atiqah memandang wajah kacak Thaqief. Tidak berkelip matanya.

"Nanti lepas kahwin kan, kau nak tenung aku tenung lah. Jangan sekarang, nanti aku gigit kau kan dah susah," ucap Thaqief tanpa memandang Atiqah.

"M-maaf," tertelan liur Atiqah dibuatnya. Thaqief tergelak kecil.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now