“BILA kita nak pergi, Ika?” tanya Atiqah teruja membuatkan Zulaikha tertawa kecil.
Lepas solat tadi, dia rasa tenang.
Tenang sangat.
“Sekarang baru pukul 7, Atiq. Dalam pukul 9 ke 10, kita pergi.”
Nasi goreng yang masih panas itu diletakkan di atas meja.
“Nak pergi mana kamu berdua ni?” tegur seorang lelaki tua. Dia berjalan mendekati meja makan dan melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
“Ika nak melawat mak, Atiq pun ikut. Abah nak ikut juga?”
Encik Zulkifli tersenyum nipis sebelum menggeleng.
“Kamu pergilah, hari ni abah kerja.” Bukannya dia tidak rindu arwah isterinya, malah terkadang sebelum ke tempat kerja mesti lokasi itu menjadi destinasi wajibnya.
Buat lepas rindu.
“Ni bawa buku, nak pergi mana?” dia bertanya lagi. Biasanya anak gadisnya itu belajar di rumah saja.
“Kita orang nak pergi perpustakaan. Boleh kan, abah?”
Abahnya mengangguk.
“Pergilah, tapi ingat hati-hati.” Mereka berdua mengangguk kecil. Nasi goreng itu disuapkan ke dalam mulut.
“Ini abah nak tanya, kenapa kamu balik awal?”
'deg'
Mereka sama-sama berhenti menyuap.
“Err.. ala.. Abah tahu kan kami tak biasa pergi tempat macam tu. Nasib baiklah cikgu bagi balik awal,” tipu nya. Walhal, dia langsung tidak memaklumkan kepada guru tentang itu.
Begitu juga Atiqah.
“Bagus juga, tak adalah abah sunyi dekat rumah. Kamu cuti seminggu kan?” Kedua mereka mengangguk serentak. Atiqah diam memerhati dua beranak itu berbual mesra.
Dia senyum tawar.
Dia idamkan hubungan yang begini.
Walid, Atiq cemburu.. bisik hatinya lirih.
“AKU nak balik. Kau nak ikut?” Tanya Yusuf.
Tak tenang hatinya melihat keadaan Thaqief. Kesian pun ada.
Sejak semalam lelaki itu hanya diam. Johan pula langsung tidak kelihatan. Mungkin masih terasa dengan kata-katanya semalam.
Yusuf peduli apa? Janji dia puas.
“Ada sesiapa tahu benda ni selain kita?” Yusuf menggeleng.
“Aku tak rasa macam tu. Aku yang owner hotel ni pun tak tahu apa-apa. Kau jangan risau, aku akan tolong kau siasat,” kata Yusuf. Itu hotel keluarganya. Senanglah dia mahu menangkap kalau kalau ada musuh dalam selimut di situ.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...