55

1.6K 92 21
                                    

“SAYANG, abang dah balik.”

Pintu ditutup dan begnya diletakkan di atas kabinet dapur. Matanya meliar mencari keberadaan Atiqah.

“Sayang? Sayang dekat mana?” panggil Thaqief lagi.

Kakinya bergerak ke arah bilik tidur mereka. Pintu dikuak perlahan dan susuk tubuh seseorang yang sedang tidur menyapa pandangan. Bibirnya langsung mengukir senyuman manis.

Thaqief mendekat lalu duduk di birai katil. Rambut Atiqah diusapnya lembut. Pandangan Thaqief beralih ke tepi.

Spontan bibirnya mengukir senyuman. Bayi kecilnya sudah mencelikkan mata. Membulat matanya memandang Thaqief.

“Anak papa dah bangun, come!” Tubuh kecil itu dibawa ke dalam dukungan. Pipi tembam itu dicium bertalu-talu.

I miss you, baby boy.” Thaqief ketawa kecil bila jari montel itu menampar lembut mukanya.

Bayi kecilnya tersenyum sehingga menampakkan gusi.

Geramnya!

“Abang?” Tegur Atiqah. Matanya digosok perlahan. Muhammad diletakkan di atas riba dan wajah Atiqah dipandang.

“Bila abang balik?” Tangan Thaqief dicapai dan dikucup lembut.

“Baru je. Sayang penat ke? Lena sangat tidur, Muhammad bangun pun tak sedar.” Atiqah cuma tersenyum nipis, kepalanya disandarkan pada bahu Thaqief. Pipi Muhammad diusap perlahan.

“Sikit je, abang nak minum apa-apa?”

“Tak apa, sayang rehatlah.” Kepala Atiqah dikucup sekilas. Kesian isteri dia. Habis saja Atiqah berpantang, terus dia sambung belajar semula. Memang sukar pada awalnya, tapi dia yakin keputusannya tidak salah kali ini.

Tujuh bulan mereka berada di Seoul tanpa orang lain. Hanya ada mereka bertiga sahaja. Benjamin adalah satu-satunya orang yang tahu di mana dia berada malah apartment yang dihuninya kini merupakan pemberian Benjamin.

Sungguh, dia berterima kasih kepada abang saudaranya itu. Ouh, neneknya juga tahu tentang hal itu. Wanita tua itulah yang membantu dia menjaga Atiqah dan Muhammad.

“Tengok dia pandang abang. Rindu papa ke sayang?” Pipi Muhammad dicuit manja. Tersenyum terus si kecil itu.

Thaqief ketawa. Badan montel Muhammad didukung tinggi. Kemudian, kepalanya digesel dengan perut buncit anaknya. Kepala Thaqief dipegang. Jari kecilnya mencengkam rambut Thaqief, menghalang bapanya bermain dengan perutnya. Terpejam matanya kerana senyuman lebar yang terukir.

“Comelnya baby boy papa!” Pipi tembam Muhammad pula menjadi mangsa Thaqief. Setelah puas menggomol anaknya, Muhammad kembali disandarkan pada dadanya.

“Sayang Muhammad..”

Atiqah tersenyum memandang mereka. Bahu Thaqief disentuh.

“Abang pergilah mandi dulu. Mesti abang penat, saya nak prepare barang masak dulu.”

Thaqief angguk perlahan. Sungguh badan dia lenguh melakukan kerja sambilan. Balik saja dari universiti terus dia ke tempat kerjanya. Hari-harinya memang sangat memenatkan.

Tapi itulah, takkan dia mahu bergantung pada Benjamin saja dari segi kewangan?

Muhammad diberikan kepada Atiqah sebelum tuala yang disangkut di bahunya. Mata sepet itu memandang saja Thaqief yang ingin masuk ke tandas. Bibirnya mencebik dengan mata yang berkaca.

Matanya memandang ke arah pintu bilik air yang tertutup itu.

“Kenapa ni?”

Berkelip-kelip matanya memandang si mama. Atiqah usap rambutnya perlahan. Kemudian kedengaran tangisan halus si kecil. Pantas tubuh Muhammad dibawa ke dalam pelukan, belakangnya diusap perlahan.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now