DIA bersandar lemah pada pintu biliknya, sejurus selepas pintu itu ditutup. Selepas saja pulang tadi, dia meminta diri untuk kembali ke rumahnya.
Rumah sebenarnya.
Walaupun Zulaikha menegah, dia tetap dengan keputusannya. Dia nak bersendirian. Dia tak nak susahkan sesiapa. Lututnya dibawa rapat ke dada. Tangisannya dihamburkan di situ.
Dia sedih.
Sedih sangat.
“I-ibu..” kejadian tadi bermain semula di fikirannya.
Harapannya musnah.
“IKA, ni lorong apa?” tanya Atiqah. Jari telunjuknya terarah pada lorong yang agak sunyi itu.
“Lorong Cempaka, kalau tak silap,” jawab Zulaikha membuatkan Atiqah terdiam seketika. Zulaikha terangguk, betullah dia selalu juga lalu di lorong ini.
“Kenapa kau tanya?”
“C-cempaka?” Zulaikha lambat lambat mengangguk.
Tanpa bicara, terus langkah dibuka melusuri lorong itu. Deretan rumah diperhati penuh fokus. Satu persatu nombor bilik meniti di bibirnya.
“Atiq!” panggil Zulaikha, terkejut bila Atiqah tiba-tiba meninggalkan dia. Tangan Atiqah ditarik kuat, tangannya pantas menepis kasar tangan Zulaikha.
“Kenapa ni?” Soalan Zulaikha dibiarkan sahaja.
“Kejap!” Atiqah suruh dia menunggu. Zulaikha berdiri di tempatnya, memerhati segala tindak tanduk Atiqah.
'tuk tuk tuk'
Membulat mata Zulaikha apabila Atiqah bertindak mengetuk pintu rumah seseorang.
Gadis itu tersenyum ceria dengan wajah merahnya.
Wanita tua berbangsa Cina itu membuka pintu. Dia membalas dengan senyuman lebar.
“Nǐ hǎo,” (Hello,) Mata wanita tua itu membulat. Mungkin tidak percaya Atiqah boleh berbahasa Cina.
“Wǒ hǎo,” (I'm good,)
“Nǐ rènshí Alice ma?” (Do you know alice?) Wajah tua itu berubah kelat mendengar nama itu.
“Wǒ bù zhīdào!” (I don't know!) Senyuman Atiqah luntur sedikit.
Dia tahu. Dia yakin.
Wanita tua ini neneknya! Mama kepada ibu.
“Nǎinai, wǒ shì nǐ de sūnnǚ. Alice shì wǒ māmā.” (Grandma, i'm your granddaughter. Alice is my mother.) Wanita tua itu menggeleng tidak percaya.
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...