"EH, apa kau buat dekat sini? Gerai kau bukan dekat hujung sana ke? Jualan dah mulalah," tegur Kasyaf.
Zulaikha yang kelihatan gelisah itu dipandang pelik. Atiqah yang sedang berkemas di belakang dipanggilnya.
"Kenapa Kasy?" tanya Atiqah yang baru tiba di situ. Terus jari Kasyaf naik menunjuk ke arah Zulaikha.
"Ika, buat apa dekat sini?"
Zulaikha tersenyum.
"Saja, aku bosan dekat sana." Zulaikha beri alasan. Kasyaf mengecilkan matanya.
Sepertinya dapat menghidu sesuatu.
"Kau tipu," Zulaikha membuat muka.
"Mana ada aku tipu,"
Ya, dia tipu. Lepas saja Yusuf keluar dari tandas tadi, terus dia berlari ke sini melalui belakang bangunan.
"Tch, aku tahu kau menipu. Patutlah tak ada orang crush dekat kau. Penipu," Zulaikha ketap bibir.
"Mana kau tahu? Buat pengetahuan kau, Qaliff Kasyaf. Aku ni, Fatiha Zulaikha, Nu'aiman dah tunggu aku dekat syurga sambil tersenyum lagi. Kau apa je ada?" kata Zulaikha dengan nada selamba.
Kasyaf mencebik.
"Eleh, aku pun Ainul Mardhiah tengah tunggulah," balas Kasyaf, tidak mahu kalah. Zulaikha buat-buat tak dengar, terus saja dia mendekati Atiqah. Kasyaf buat muka tak puas hati.
"Kau.." Zulaikha abaikan dia lagi.
"Atiq, kau dah okay? Walid kau marah lagi?" perlahan suara Zulaikha bertanya. Atiqah tersenyum nipis sambil menggeleng perlahan.
"Baguslah kalau macam tu. Apa kau cakap dekat dia sampai dia benarkan kau join hari ni?" tanya Zulaikha lagi. Dia tahu segalanya tentang Atiqah, termasuklah perihal hubungan dingin dia dan bapanya.
"Walid kata boleh, tapi balik awal," Zulaikha mengangguk faham.
"Kau nak aku tolong apa-apa?"
"Boleh ke-"
"Tak payah tolong dia, tolong aku."
Zulaikha keras di tempatnya berdiri. Air liurnya ditelan. Tanpa sempat dia membalas apa-apa, tangannya ditarik agar mengikuti lelaki itu.
"K-kau buat apa ni? Lepaslah, orang pandang!" Yusuf menggeleng kepala.
"Tak nak, nanti kau lari." Zulaikha mengeluh, sudahlah lelaki itu berjalan laju terkedek-kedek kakinya bergerak.
"Aku janji tak lari," Terjungkit sebelah kening Zulaikha apabila Yusuf melepaskan tangannya.
Mudahnya,
"Kita nak buat apa ni?"
"Bagi sample dekat orang, suruh dia orang rasa."
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...