40 ALICE

1.2K 76 15
                                    

ALICE = FLASHBACK

TRIGGER WARNING & MATURED

"W-WO bu yao.. ma.." (I don't want.. mom..) rayu Alice. Tangan ibunya digenggam kemas.

"Ni juede wo zaihu ma ? zhishi zuo wo suo shuo dehua!" (Do you think I care? Just do what I said!)

Alice menangis.

"W-wo xiang gaibian, w-wo buxiang zai dang jinule!" (I want to change, I don't want to be a prostitute anymore!) Puan Goh tertawa sinis sebelum wajahnya bertukar dingin.

"Orang macam kita ni, tak ada jalan nak berubah pun. Dari nenek, sampailah mama. Tengoklah, kamu dekat mana sekarang. Sama saja,"

"T-tapi ma, Islam-"

'pang'

"Shangdi bu hui yuanliang xiang women zheyang de zuiren! Yuchun de nuhai!" (God will not forgive sinners like us! Stupid girl!) Alice pegang pipinya yang terasa pijar. Kepalanya terasa ditunjal kuat. Tangannya ditarik masuk ke bilik tidurnya semula.

"M-ma.. b-bu yao! Bu yao dui wo zheyang zuo!" (Mom.. don't! Don't do this to me!) Alice mula meronta. Air matanya mengalir perlahan dengan kepala yang tergeleng-geleng.

Dia tahu apa yang ibunya cuba lakukan.

"M-ma.. wo qiu nile.." (Mom, I'm begging you)

"Jinlai! Zai zheli denghou!" (Get in! Wait here!) Tubuhnya ditolak masuk dan pintu biliknya terus dikunci.

"M-ma.. kesian kan Alice, ma! W-wo bu yao!" Pintu biliknya diketuk kuat. Kuat suaranya merayu.

"M-ma.. bu-buka pintu ni!" Rayu dia lagi. Dia dah tak nak. Dia betul-betul nak berubah. Dia nak jadi lebih baik.

Selama ini, dia tak pernah suka apa yang dia lakukan. Semuanya kerana dipaksa oleh ibunya.

Dia terbatuk kecil. Penat menjerit dari tadi sehingga tekaknya terasa perit. Belakangnya disandarkan pada pintu dengan lutut yang dipeluk rapat ke dada.

"Alice,"

Alice bangun apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Senyuman mati sebaik saja pintu terbuka. Ada seorang lelaki di sebelah ibunya.

"M-ma.."

"Layan dia." Alice menggeleng laju.

"B-bu yao.." tangannya naik ingin menutup pintu, namun cepat lelaki itu menahan. Dia masuk dan pintu biliknya dikunci. Alice telan liur, dia melangkah ke belakang.

"J-jangan dekat!" Lelaki itu ketawa. Matanya galak memandang Alice atas bawah. Gadis itu hanya mengenakan singlet dan seluar pendek. Sangat seksi pada pandangan mata lelakinya.

"Janganlah takut.. mahal aku bayar kau," Tangannya yang berlabuh di bahu Alice ditepis kasar.

"T-tak nak! S-saya lagi sanggup b-bayar balik!" Lelaki itu berhenti mendekatinya.

"Boleh," Alice diam sebelum dia tersenyum. Lelaki yang bersandar pada meja soleknya dipandang dengan harapan.

"B-betul ke?" Semakin lebar senyumannya melihat anggukan lelaki itu.

BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓Where stories live. Discover now