FLASHBACK
DIA memerhati di sebalik dinding. Dua orang lelaki sedang berbual dengan beberapa orang wanita di situ. Kawasan masjid di situ sunyi disebabkan jam masih di awal pagi. Setiap bait kata yang dikeluarkan dari mulut lelaki itu disalin pada buku nota buruknya.
Setiap hari dia ke situ.
Sejak kecil, laungan azan yang datang dari masjid di situ membuatkan dia terasa tenang. Desakan ibunya yang memaksa dia menyebabkan dia terjerumus ke dalam lembah penuh dosa itu.
Dia tak mahu.
Dia dipaksa.
Dia rasa dirinya tidak layak untuk berada di sini. Dia seorang pendosa. Tapi disebabkan seorang lelaki tua yang tidak pernah membezakan dia, hatinya tergerak untuk mendekati Islam. Lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.
“Cik?” Dia tersentak, laju kakinya bergerak melangkah dari situ. Selendang yang tersarung di kepala terjatuh mendedahkan rambut perangnya.
“Cik, tunggu!” Langkahnya terhenti. Dia perlahan-lahan menoleh.
“S-saya m-minta ma-maaf, saya t-tak patut ke sini.”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“I'm not a muslim,” jawabnya dengan kepala tertunduk.
Lelaki itu tersenyum. Tidak sangka wanita muda yang tidak beragama berminat untuk mendengar perkongsiannya.
“Itu tak bermakna awak tak boleh nak belajar, saya dengan ayah saya boleh ajarkan.”
Bagai ada sinar di matanya sekarang. Sudah lama hatinya terdetik untuk mendekati agama Islam, tapi ada saja halangan.
Ibu dia.
Wanita itu cukup bencikan Islam.
“B-betul ke?” teruja suara wanita itu bertanya. Lelaki itu mengangguk perlahan.
“Betul, kami boleh ajarkan awak.” Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya dia sekarang.
“Man,” lelaki itu segera menoleh apabila ada suara memanggil. Dia tersenyum kepada ayahnya.
“Ayah,” dia memandang wanita di hadapan anaknya.
“Alice?”
“Pakcik..”
Sulaiman menoleh memandang ayahnya.
“Ayah kenal?” Lelaki tua itu mengangguk menjawab soalan si anak.
“Dialah yang ayah cerita pada kamu tu,” lelaki itu mengangguk faham. Masih segar lagi ingatannya pada wanita yang ayahnya selalu ceritakan. Wanita yang berminat dengan Islam tapi dia takut kerana ibunya menghalang.
“Saya Sulaiman,”
“A-alice,”
YOU ARE READING
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈�...