CH1: Siapa Budak Tu?

1.7K 63 14
                                    

Kepala dia berada di atas meja kayu itu. Dia merenung ke luar tingkap memandang padang yang hijau lagi luas. Suasana pada pagi itu amat nyaman. Dia melepaskan nafas perlahan menikmati suasana di dalam kelasnya itu.

"Tap, tap," kedengaran bunyi mejanya diketuk perlahan.

Lelaki itu mendengus perlahan. 'Kacau je orang nak relax,' detus hati kecilnya. Dia memandang ke arah bunyi ketukan itu datang. Berdiri seorang lelaki berbaju sukan putih dengan seluar trek hitam bergaris biru yang sedang menyilangkan tangannya di dada. Mukanya agak cengkung. Kulitnya sawo matang. Mahupun matanya agak sepet, wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Tag nama di dadanya tertera 'SYAKIR'.

"Sudah-sudahlah tu tidur, Aridh jom gi padang. Alang-alang tu, teman aku pergi stor ambik bola," kata Syakir yang masih menyilangkan tangan di dada.

Syakir merupakan Kapten Hoki sekolah mereka ini. Sekolah Berasrama Penuh XXX (SBPXXX). Dia merupakan pemuda yang agak pendiam tetapi sangat baik hati. Dia juga tergolong dalam golongan lelaki terkacak untuk tingkatan 4 di SBPXXX. Dia berkawan rapat dengan Aridh dan Najwan dari tingkatan 1 lagi.

Lelaki di hadapannya itu terus bangkit dan memandang ke arah Syakir. Syakir membalas pandangan itu dengan senyuman meluat. Dialah Aridh, pemain hoki sekolah itu. Lelaki berkaca mata ini nampak sahaja kurus tetapi mempunyai tubuh badan yang agak fit. Lantas menjadikan Aridh idaman ramai pelajar perempuan. Malang sekali, Aridh seorang yang jarang ambik kesah pasal orang lain melainkan diri, keluarga dan kawan-kawannya sahaja. Dia tidak pernah bercinta sepanjang hidupnya.

"Yelah.. Ni Najwan mana?" soal Aridh sambil membetulkan rambutnya. Dia terus melangkah keluar kelas menuju ke stor sukan yang bersebelahan dengan padang sekolah. Dia langsung tidak memandang Syakir di belakangnya. Syakir hanya menggeleng melihat telatah kawannya itu.

'Memang selfish punya budak, ditinggalnya aku kat sini,' detus hati kecil Syakir.

"Dia dah ada kat padang dengan yang lain," jawab Syakir sambil mengambil posisi berjalan di sebelah Aridh. Aridh sekadar mengangguk.

~stor sukan~

"Kau buat bola ke? Kau ambik bola? Cepatlah!" laung Aridh di muka pintu. Dia sedang menunggu Syakir memilih bola sepak di dalam stor. Dia malas mahu masuk kerana berhabuk.

"Halah kecoh. Halah bising je. Ni dah siap dah," balas Syakir lalu berdiri di tepi Aridh mengendong 3 biji bola sepak. Muka Syakir sedikit berpeluh lantaran dalam stor itu tiada kipas tetapi hanya terdapat 2 buah lampu kalimantang yabg menerangi suasana pabila perlu.

Baru mereka berdua mahu melangkah, seorang budak lelaki berpakaian formal lengan panjang lalu di hadapan mereka menuju ke arah kanan. Walaupun hanya seketika, Aridh dapat lihat muka lelaki itu agak putih dan yang paling menarik perhatian dia ialah lelaki itu sentiasa menunduk. Ekor mata Aridh mengikuti gerak langkah pemuda itu dari belakang sehingga pemuda itu masuk ke dalam tandas yang hanya beberapa langkah dari stor tersebut.

Aridh tidak kenal akan lelaki tersebut. Siapa budak tu? Dia form berapa? Kenapa lelaki tu pakai pakaian formal pada hari selasa yang sepatutnya baju sukan? Dia budak baru ke? Bermacam-macam soalan masuk ke dalam mindanya. Tetapi matanya tidak lepas memandang ke arah tandas di tepi bilik stor itu.

"Aridh!" Syakir menjerit kecil menyedarkan Aridh dari lamunannya sebentar tadi. Jarang dia lihat Aridh dalam keadaan demikian. Apakah sebab budak tadi?

"Kau ni dah kenape?" soal Syakir.

"Kau kenal tak budak tadi tu?" Soalan Syakir dibiarkan tidak berjawab tetapi dibalas kembali soalan. Aridh masih tidak melepaskan pandangan dari arah tandas tadi.

Syakir hanya menggeleng. Aridh berhenti memandang tandas lalu memandang Syakir yang merangkul sahabat karibnya sejak form 1 lagi. Tanpa bercakap Aridh meneruskan perjalanan ke arah padang sekolah. Syakir hanya membontoti rakannya itu.

"Sejak bila kau kesah pasal orang lain ni?" soalan itu terpacul dari mulut Syakir. Aridh diam sebelum tersengih seorang diri.

"Aku? Lambat lagilah.. Ni Aridhlah, satu sekolah kenal aku," jawab Aridh mahupun hatinya mengatakan benda lain tetapi kerana ego dia tidak menjawab dengan jujur. Syakir meluat mendengar jawapan itu lalu pergi ke tepi Aridh.

"Yoko?" pangkah Syakir lalu terus berlari meninggalkan Aridh di laluan menuju ke padang itu.

"Jahanam punya kawan," kata Aridh lalu mengejar kembali Syakir yang sudah tiba di padang. Walaupun sedang mengejar Syakir otaknya masih ligat berfikir. Siapa budak tu?

BERSAMBUNG...




writer notes:

hai korang tq sudi baca kaya pertama writer.. kalau suka tlong vote n jangan lupa untuk tinggalkan komen.. n kalau ade komen2 negatif😤 writer akan delete terus... bye2 love n kisses 😘😘😘😘😘😘 XOX jumpa lain chapter

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now