D menyilangkan tangan di dada. Dia menekan alat komunikasi di telinganya.
"Pusat, ada pergerakan dalam ladang lagi?" soal pemuda itu.
"Negatif, tuan,"
D tersenyum. Dia berpaling ke arah belakang. Mikail Ikris sudah bersedia di atas motor hitamnya. Lelaki itu menbonceng motor. D segera ke arah teman lelakinya itu.
Satu pegangan erat diberi. D memeluk Ikris. "Jaga diri elok-elok,"
"I will, love," bisik Ikris. Garau.
Yang lain hanya memerhati pemandangan itu. Bersedia dengan senjata di tangan. Menunggu arahan ketua mereka. Begitu juga dengan Aridh, Najwan dan Syakir.
Pelukan dilepas. D memandang kembali ladang kelapa sawit di hadapannya itu.
"Sniper, singkirkan pengawal di tembok," arah Danny Flynn Handerson.
"Copy!"
Menara 1~~
Fatin membidik sasaran. Seorang perempuan berambut tocang memegang rifle. Fatin tersengih. Wajah perempuan itu difokuskan.
"Night," Picu M24 ditekan.
"Tum!"
Tubuh perempuan itu jatuh kebelakang. Tembakan Fatin tepat mengena kepala sasarannya.
Rakan perempuan berambut tocang itu terkejut. Dia segera menghalakan pistolnya ke segala arah. Gelabah.
"Tum!" Anak buah Fatin pula melepaskan tembakan. Tumbang.
Satu per satu ahli Bintang Merah ditembak mati. Fatin dapat lihat dari menara itu, suasana di tembok pertahanan itu mula kucar kacir. Ini yang dia mahu.
"Sekarang, D!" laung Fatin lalu terus melepaskan tembakan. Menumbangkan seberapa banyak musuh yang boleh.
D~~
"Skuad Bermotor! Charge!" arah D.
"Mari!"
"Let's go!"
"Mari kita bantai!"
Pelbagai laungan kedengaran di cuping telinga D. Angin yang kuat menerpa muka dan ahli skuadnya. Begitu juga ahli Skuad Yin.
Motor dan ATV Skuad Ikris laju membelah udara. Menuju ke arah tembok pertahanan Pangkalan Utama Bintang Merah.
"Beri laluan!" arah Qin kepada semua anak buahnya melalui alat komunikasi pada telinga mereka. Mereka Mula berlindung di balik pokok-pokok kelapa sawit di situ.
"Voom!"
"Voom!"
"Voom!'
Satu per satu motor dan ATV melewati mereka.
Ikris memegang senjata yang berat. M249. Pemain hoki SMK Baiduri itu tersengih.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...