CH29: Tumpang (P3)

384 19 17
                                    

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Sekarang Aridh dan Naufal sedang berdiri tegak di hadapan sebuah banglo 2 tingkat yang sangat besar. Mereka baru sahaja turun dari kereta Range Rover Evouqe putih milik ayah Aridh.

Ryane Naufal terlopong melihat betapa besarnya banglo itu.

"Aku dapat boyfriend waris sugar daddy ke siak?" detus Naufal dalam hati.

"Suka tak?" tanya Aridh sambil mencuit sedikit pinggang Naufal. Lelaki berkulit putih itu mengangguk perlahan. Tangan berurat Aridh memeluk pinggang langsing Ryane Naufal.

"Aku suka kau," bisik pemain hoki itu.

"Aridh! Papa dan mama tengok nanti," kata Naufal.

"Boys buat apa lagi kat luar tu? Dah jom masuk dalam. Aridh tolonglah bawak Naufal tu masuk. Dia malu tu," tiba-tiba suara Datin Lyane Rose menyapa mereka dari dalam rumah banglo itu.

"Okey mama!" balas Aridh.

Tanpa berita, terus Aridh mengangkat Naufal secara bridal style. Mata teman lelaki pemain hoki itu terbuntang.

"Awak ni dah kenapa?" soal Naufal.

"Mama suruh bawak awak masuk dalam rumah. Saya bawaklah," 

Mereka segera masuk ke dalam rumah banglo itu. Tidak berhenti di situ, Naufal terus diangkut sehingga sampai di bilik Aridh di tingkat 2. Nasib luggage mereka papa sudah bawak masuk dalam dengan bantuan Kak Jenab, pembantu rumah banglo itu.

"Gila," ucap Naufal sebaik diturunkan oleh Aridh.

Di tepi pintu bilik itu terdapat dua luggage hitam dan putih. Aridh membuka pintu bilik itu lalu menarik kedua-dua luggage itu masuk.

Mata Ryane Naufal terbuntang melihat dalaman bilik tidur Aridh. Terdapat sebuah aircond yang sudah dihidupkan. Sebuah meja belajar yang besar. Tidak lupa katil king size di tengah bilik itu. Dan juga tv dan meja computer di satu sudut.

Naufal menapak selangkah ke dalam. Sejuk. Matanya diliar lagi ke seluruh pelusuk bilik Aridh Adzriel itu. Sungguh cantik berwarna hijau muda. Tapi apa yang menarik perhatiannya, kebanyakkan barang di situ mempunyai reka bentuk antik seperti badan katil itu sendiri.

Sungguh unik dan gah. Bilik ini mahupun mempunyai pelbagai peralatan moden, masih mempunyai nilai antik dan vintage masa dulu.

"Cantiknya," keluar perkataan itu daripada mulut Naufal.

"Biase jelah," balas Aridh.

"Aku mana pernah duduk bilik ada aircond weh. Untunglah kau,"

"Dah jom ikut aku,"

Tanpa penjelasan yang lebih lanjut Aridh terus menarik lengan Naufal menuju ke bilik sebelah.

Tombol pintu bilik itu dipulas. Sebaik pintu itu dibuka, mulut Naufal sekali lagi ternganga. Lelaki kulit putih itu melihat pelbagai barangan antik tersusun rapi dalam bilik itu. Ada telefon lama dan yang paling menarik perhatiannya ialah pita rakaman lama berlonggok di sisi sebuah tv lama.

Inilah bilik koleksi barang antik milik Aridh.

"Woah... Barang antik. Cantiknya,"

"For your information, your bf here suka kumpul barang antik dari form 1 lagi. Thanks to papa and mama sebab melayan karenah I,"

"Siapa je lagi dapat tahan dengan karenah you selain mama dengan papa?" bisik Naufal tapi Aridh dapat mendengarnya.

"Apa you cakap?"

"Ehh takde apalah,"

"Ryane Naufal, kau cakap apa tadi? Baik kau ulang kalau tak-,"

"Kalau tak apa?"

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now