Baju yang lelaki itu sarung dipandang rapi. T-shirt putih berbelang hitam berbutang. Seluar hitam dengan baju putih dimasukkan ke dalam seluar. Dia memandang diri sendiri pada cermin yang berada dalam loker kepunyaannya. Dia tersenyum sedikit. Cermin matanya dicapai lalu dipakai.
"Wah hensemlah kawan aku sorang ni!" puji satu suara lalu memegang bahu lelaki itu. Lelaki berkaca mata itu hanya tersenyum mendengar pujian itu. Dia kenal akan suara itu, sudah semestinya Najwan.
"Aku kan sejak bila je tak hensem," balas lelaki berkaca mata yang lebih tinggi berbanding Najwan itu angkuh.
Syakir datang merapati mereka berdua lalu berpaut pada leher Najwan. Dia tersenyum memandang Najwan lalu berpaling ke arah lelaki yang berpakaian segak di tepinya.
"Aridh sukalah ada orang ajak dia makan," kata Syakir.
"Entah-entah dia bukan makan makanan pun nanti," sambung Najwan pula sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya beberapa kali. Jantung lelaki di hadapan dia berdegup laju.
Laju penumbuk Aridh pergi ke bahu Najwan. Pengawas SBPXXX itu mengaduh. Terus riak wajahnya monyok dan berpaling ke arah Syakir. Syakir mengusap sedikit kawasan yang ditumbuk Aridh.
"Apa kau ni?" bantah Aridh lalu duduk di atas katilnya. Dia memakai jam tangan Rolex berwarna emas di pergelangan tangannya sambil tangannya ligat bermain telefon pintar. Najwan dan Syakir turut melabuhkan punggung mereka di atas katil Aridh.
"A-aridh?"
Satu suara lembut memanggil pemain hoki sekolah itu. Dia memandang ke arah suara itu. Begitu juga dengan Syakir dan Najwan. Mata ketiga-tiga lelaki terbuka luas. Mulut Syakir sudah terbuka.
Berdiri tidak jauh dari mereka seorang lelaki berbaju kemeja lengan panjang. Baju itu bercorak belang biru dan putih berselang seli dari kiri ke kanan. Rambut lelaki itu disikat rapi ditambah dengan gel rambut. Jam tangan hitam elok berada di pergelangan tangan. Mukanya yang putih lagi menambah keindahan budak lelaki itu.
Naufal.
Mata budak lelaki itu sesekali memandang rakan dia di hadapan. Dia tersenyum sebentar.
"Kau dah siap?" soal Naufal lalu merapati tiga berkawan itu. Aridh yang seperti baru sedar dari pukauan sebentar tadi lantas bangkit. Dia menepuk-nepuk bajunya. Menyahkan apa pun tak tau.
Dia berjalan ke arah Naufal. Jantungnya mula berdegup laju. Nafasnya diatur. Cuba bertenang.
Lelaki berkaca mata itu mengangguk. Naufal tersenyum membalas anggukan itu.
Naufal menuju ke pintu keluar dorm itu. Aridh mengikuti sehingga di hadapan pi ntu dorm itu, langkahnya berhenti. Pemain hoki sekolah itu memandang Najwan dan Syakir . Dia melepaskan keluhan.
"Ingat apa aku pesan, apa-apa jadi korang berdua tahu nak buat apa," pesan Aridh memandang Najwan dan Syakir. Perlahan-lahan kedua-dua kawannya mengangguk.
"Aridh~ jomlah," laung Naufal dari luar dorm. Dia sudah selesai memakai kasut putih bertapak hitam.
"Yaaa, nak keluarlah ni," balas Aridh lalu membuka pintu dorm itu. Wajahnya jelas memaparkan riak gelisah. "Aku gerak dulu," katanya kepada Najwan dan Syakir. Pintu dorm ditutup.
Suasana dorm itu senyap seketika. Bahu Najwan ditepuk. Pengawas sekolah itu berpaling ke arah buah hatinya. Mereka berlaga hidung sekejap. Pipi Najwan dielus lembut.
"Mari kita bersiap,"kata Syakir lalu menarik tangan Najwan untuk bangun dari katil. Najwan pula hanya mengukirkan senyuman terhadap tingkah Syakir.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...