Aridh sedang sibuk bermain di atas turf hoki kepunyaan SBPXXX. Dia lincah mengelak lawan kiri dan kanan. Bola hoki tidak lepas dari kayu hoki hitam miliknya.
Najwan cuba merampas bola itu. Kayu hoki pengawas itu dihalakan ke hadapan. Menghalang Aridh membawa bola ke gawang gol dia. Aridh tersengih. Dia tidak mudah dihalang. Pemain lelaki itu laju bergerak ke kanan mengelak. Najwan terbuntang. Halangannya tidak menjadi.
Dia berlari laju ke kawasan musuh. Lelaki itu nampak peluang. Kayu hoki diayun padu. Menyusur padang, tapi tidak ada seorang pun yang mampu menghentikannya. Penjaga gol menunduk dan..
"GOL!!!" suara itu melaung. Bola Aridh melepasi penjaga gol. Pasukan Aridh bersorak riang. Termasuk gol yang terakhir itu, sudah 5-3. 5 bagi pasukan Aridh manakala 3 bagi pasukan Najwan.
Latihan pada petang itu, ditonton oleh ramai pelajar SBPXXX. Semua yang ada di kawasan penonton turf hoki itu bersorak kuat. Meraikan kemenangan pasukan Aridh. Tidak lupa juga Ryane Naufal yang dari tadi tidak berhenti senyum.
Najwan menghampiri Aridh. Mereka berjabat tangan lalu berpelukan. Begitu juga dengan ahli kumpulan yang lain.
"Nice game, bro," ucap Najwan melepaskan pelukan.
"Thanks bro, good play," balas Aridh.
Mereka berdua menuju ke bawah khemah. Di mana pemain berehat. Di situ Cikgu Baharom dan Naufal sedang menunggu mereka sampai.
Cikgu Baharom tersenyum melihat pemain-pemain hoki sekolah mereka itu. Kemungkinan mereka untuk menjuarai Pertandingan Hoki itu semakin meningkat. Pandangannya ditala pula ke arah 2 buah turf hoki milik sekolah itu. Tidak dinafikan sekolah itu mempunyai pelbagai fasiliti.
"Permain yang hebat untuk harini," Cikgu Baharom memulakan kata-kata.
Sebanyak 23 pemain hoki sedang duduk di hadapannya. Syakir Tyler Lee baru sahaja sampai lalu berdiri di samping guru itu. Pasukan Bulan Sabit Merah yang terdiri daripada 12 orang ahli juga sedang berada di situ. Mereka diketuai oleh Ryane Naufal.
"Esok tidak diadakan latihan ye, bagi memberi ruang untuk persiapan pertandingan. Tahniah cikgu ucapkan untuk pemain hoki kerana bermain dengan bersungguh-sungguh. Kita pasti menang dengan meneruskan momentum ni," kata lagi Cikgu Baharom.
Matanya dilepaskan ke seluruh anak murid di hadapannya. Dia bangga melihat kesungguhan mereka semua. PBSM juga banyak berlatih merawat sepanjang latihan hoki berlangsung.
"Baiklah, kamu boleh bersurai dan berehat,"tutur guru lelaki itu lagi. Matanya memandang ke arah Zakwan yang sedang ditemani Aaron.
"Saya nak jumpa Syakir, Najwan, Aridh dengan Naufal," pesan warden itu sebelum semua pelajar bersurai.
Zakwan dan Aaron menghampiri guru itu. Tidak lupa Syakir, Najwan, Aridh dan Naufal. Aridh sedang berdiri di antara Zakwan dan Najwan. Aaron berada di sebelah Zakwan. Naufal dan Syakir di sebelah Najwan.
Najwan memerhati kedudukan mereka berenam. Zakwan dan Aaron dipanggil dahulu Cikgu Baharom. Pengawas tingkatan 4 itu tersenyum nakal. Dia cepat-cepat menukar tempat dengan Naufal. Membuatkan Naufal duduk di sebelah Aridh. Naufal pelik dengan perbuatan sahabatnya itu.
"Kau asal?" bisik Naufal. Najwan mengendahkan soalan itu.
Pengawas tingkatan 4 itu berpaut pada leher Syakir. Saja mengusik teman lelakinya. Syakir cuba mengelak tetapi tidak sempat. Perlahan-lahan tangan Najwan menuruni pinggang Syakir. Cepat dia memicit buntut Syakir.
Mata pasangan Najwan itu terbuntang. Tangannya laju mencubit pinggang Najwan.
"Apa you ni?" bisik Syakir lalu menumpukan perhatian kembali pada Cikgu Baharom.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...