Shorts

433 25 9
                                    

This one for the readers agar tidak bosan menunggu update dari author; POV: Aridh n Naufal couple kuttttt? 😐😐

Aridh berjalan pantas. Dia mahu segera. Dia memandang belakang.
Nampak satu sosok manusia sedang mengejarnya. Dia menelam air liur. Baju birunya sudah mula bermandikan peluh. Dadanya turun naik.

Dia lari naik ke tingkat ketiga asrama itu. Langkahannya masih pantas. Dia terserempak dengan Najwan dan Syakir yang jalan beriringan.

"ARIDH ADZRIEL!!"

Jeritan lantang itu membantut niat pemain hoki itu untuk menegur dua sahabatnya itu.

Najwan hanya ketawa melihat Aridh manakala Syakir pula hanya menggeleng.

Lintas pula susuk berbaju merah berlengan panjang melintasi mereka. Susuk itu mengejar laju larian Aridh.

"Comel," ujar Najwan lalu meneruskan perjalanan ditemani Syakir.

Aridh masuk ke dalam tandas lalu menyorok di balik pintu tandas itu. Dia cuba bertenang kembali. Mengumpulkan tenaganya semula. Cermin mata yang senget akibat angin dibetulkan.

Tiba-tiba pintu dibaliknya tertutup. Sekarang dia lihat seorang pemuda berbaju merah lengan panjang memandang tepat kearahnya. Dia sekali lagi menelan air liur.

Lelaki itu menghampiri Aridh. Aridh juga perlahan-lahan ke belakang sehingga dia menyentuh dinding. Dia tersekat.

Aridh sekali lagi memandang pemuda berlengan panjang itu.

"I.. I-"

"Apa I I?!!" soal pemuda itu. Dia mencekak pinggang. Tidak sempat Ardih menghabiskan kata-katanya.

"Kenapa tak join gotong royong tadi?!" soal pemuda itu tetapi kali ini dengan nada yang lebih tenang.

"Lepak kat dorm," jawab Aridh memandang lantai.

"Kenapa lepak dorm?"

"Malas,"

Tiada jawapan. Aridh mengalihkan pandangan ke atas. Muka pemuda itu betul-betul di hadapannya- Naufal.

Dia rasa menyesal kerana tidak turun untuk menyertai gotong royong sekitar sekolah pagi tadi. Tahu saja Naufal yang dia tidak pergi gotong royong, habis satu asrama lelaki SBPXXX dikejarnya. Lelaki itu sudahlah memang pantang melihat dia curi tulang.

Telinga Aridh dipulas kuat.

"Aduh! Aduh! Sakitlah sayang!!" jerit pemain hoki SBP itu. Dia cuba melepaskan pegangan Naufal pada telingannya. Sakit yang teramat. Naufal merupakan orang yang kedua berani tarik telinga lelaki itu. Semestinya, selepas ibu kepada Aridh.

"Tak payah sayang-sayang bagai. I want you to go down and say sorry to Cikgu Baharom and Sir Edward," arah Naufal tegas.

"Tapi-"

"Takde tapi-tapi! Turun bawah dan mintak maaf atau saya palau awak,"

Ugutan tadi membuatkan Aridh terkejut. Pemain hoki itu pantas menggeleng. Begitu dia sayang akan lelaki yang sedang memulas telingannya sekarang ini.

"Ye! Ye! Saya turun," balas Aridh. Naufal melepaskan pegangan dari telinga teman lelakinya. Aridh mengusap-usap telingannya yang jelas merah. Mukanya monyok.

"Sakit tahu tak!" bentak Aridh.

Naufal menyilang tangan. Dia merapati Aridh yang membelakangi dirinya. Pipi lelaki itu diciumnya perlahan. Bibir Aridh mengukir senyuman. Pipinya kemerahan.

"Sorry~~ nanti urut," pujuk Naufal lalu memeluk pinggang Aridh.

"Urut telinga ke-?". Soalan itu tidak habis. Aridh memandang muka Naufal. Polos lagi putih.

Naufal menjatuhkan dagunya pada bahu Aridh. Dia merapatkan telinga ke telinga Aridh.

"Mungkin~,"

Aridh tersipu malu. Dia segera melepaskan pelukan itu dan terus menuju ke tingkat bawah. Menunaikan apa yang Naufal mintak tadi.

Naufal pula hanya senyum sambil menggeleng. Dia perlahan-lahan menapak keluar.

"Nasib aku sayang kau Aridh. Kalau tak... Haihhh," ucap Naufal sambil ketawa sendiri. Keluar saja dari tandas Syakir sudah sedia di tepi tandas menyilang tangan sambil bahu kanannya bersandar ke dinding.

"Penat main kejar-kejar?" tanya Syakir.

"Kejar-kejar lah sangat," sambut Naufal. Mereka berdua ketawa di situ juga.

~Aridh semasa turun~

"Sapa tak sayang bini oiii~~ Marah pun marahlah Naufal asal kau sayang aku~~," kata Aridh sambil melompat-lompat keriangan.

Bersambung~~


For y'alls.. Sorry kalau ade typo nak cepat ni. Tulis tak sampai 1 jam tu yg typo banyak n pendek tu. Harap reader suka. Jangan lupa vote n comment tau. Ingat ini hanyalah bayangan bukan betul2 jalan cerita hanya utk selingan semasa untuk reader yang DISAYANGI. 😘 XOXO.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now