CH14: Pulih

542 30 31
                                    

 Matanya yang sudah lama mengeluarkan air jernih semakin memerah. Dia tidak kesah. Nafasnya tersedu-sedan. Lelaki itu memeluk erat tubuh yang dirangkul olehnya. Baju t-shirt putih berbelang hitam sudah dikeluarkan dari seluar hitam miliknya. 

"Maafkan aku Naufal. Aku tak dapat nak jaga kau. Maafkan aku," ayat itu dibisik berkali-kali pada telinga insan yang dirangkulnya itu dengan harapan dapat menyedarkannya. 

 Aridh benar menyesal. Aridh memaki dirinya sendiri. Dia tidak mahu melepaskan tubuh lemah Naufal.

 Najwan, Syakir, Cikgu Baharom, Sir Edward dan pengawas yang lain hanya menyaksikan perkara itu di hadapan mata mereka. Sir Edward sampai ke kawasan itu sebaik mendapat panggilan bersama lebih 20 orang pengawas. Sayu hati mereka. Tidak pernah sekali mereka lihat insan yang bernama Aridh Adzriel menjatuhkan air mata. 

 Mata El memandang tajam Aridh yang sedang merangkul Naufal. Dia mahu bergerak tapi jelas dihalang. Manakannya, sekarang pergerakannya sedang dikunci oleh 5 orang pengawas lelaki. Dia terlentang. Sisi kepalanya ditolak ke atas tanah. Begitu juga dengan Riz, rakan subahatnya. 

Tetapi El tidak kesahkan hal itu. Matanya penuh amarah melihat cara Aridh menyentuh Naufal. Kenapa dia tidak boleh buat sebegitu? Kenapa Aridh boleh? Aridh bukan pengawas. 

"Aku tak habis lagi kau tahu tak!!" jeritan itu keluar dari mulut exco 3K itu. Tersembur sekali dengan air liurnya. Para warden dan pengawas terkejut akan kata-kata itu. El hanya tersengih. 

Aridh berhenti menangis. Dia mengalihkan Naufal atas riba Syakir. Dia menggenggam tangannya. Perlahan-lahan dia bangkit daripada melutut. Pemain hoki itu berpusing ke arah El dan Riz yang sedang ditahan. 

 Mata lelaki itu tajam memandang kedua tubuh yang sedang ditahan itu. Nafasnya kembali laju. Sengihan pada bibir El mula memudar. Dia rasa berdebar. Pemuda itu berasa takut dengan keadaan Aridh sekarang ini. Riz pula tidak memberi apa-apa reaksi. Pengsan atau malas ambil kesah. 

"Kau..,"

 Mata-mata di situ berkalih ke arah Aridh. Tangannya mula menggeletar. 

 Syakir sudah mula tidak senang duduk. Keadaan Naufal yang masih tidak sedar membataskan pergerakannya. Tangannya tidak lepas memegang tangan Najwan. Bagai memberi semangat. Najwan pula sedia dengan segala kebarangkalian. 

 "Aridh sabar," bisik perlahan Syakir. 

 "Tenang Aridh. Perkara ni dah selesai," sambung Najwan cuba menghampiri Aridh. 

 Aridh menjeling dua sahabat rapatnnya itu. Tajam. Najwan membatalkan niatnya. Dia hampir lupa bila kali terakhir pemain hoki SBPXXX itu memandang mereka berdua begitu. Semasa awal tahun mereka tingkatan 1. Auranya sangat berbeza. 

 Aridh kembali pada tujuan asalnya. Dia merapati El yang sedang terlentang ditahan oleh 5 orang pengawas. 

 "Kau..," 

 Nafasnya ditarik. Matanya dikatup. 

"Manusia..," 

 Matanya pemuda itu dibuka kembali. Wujud gelinangan air mata kembali tetapi dengan mata yang tajam. Tangannya merah kerana lama menggengam. 

"PALING KEJI AKU PERNAH JUMPA EL!!!," jerit Aridh seraya berlari ke arah El. Mata mereka di situ terbuntang. Termasuk Cikgu Baharom dan Sir Edward. 

 "ARGHHHH!!!," 

 Aridh merempuh semua pengawas yang menghalang pergerakan El. Mereka semua jauh berguling. Lelaki tingkatan 4 itu segera membalikkan tubuh El membuatkan exco 3K itu menghadap dirinya. Aridh menumbuk perut kecil El. Mata pengawas itu terbuka luas. 

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now