Mata lelaki itu perlahan-lahan dibuka. Masih berpinar-pinar. Kepalanya pening.
"Budak ni dah sedar," satu suara garau kedengaran.
Mata Naufal dikuatkan. Dia membukanya dengan luas. Pandangan ditala ke sekeliling. Ruangan bilik yang sederhana seperti dalam pejabat.
"Aku dekat mana ni?" Seingat Ryane Naufal dia telah pengsan semasa dibawa dalam van milik Bintang Merah.
"Morning sayang~~," Suara yang lelaki kulit putih itu benci kedengaran. El.
"Kau dekat Pangkalan Utama Bintang Merah," Suara ayahnya pula kedengaran. Firdaus Reynold.
Kedua-dua individu yang dia benci. Dia cuba melepaskan diri. Malangnya kedua-dua belah tangan dan kaki diikat dengan tali yang tebal pada kerusi kayu.
"Shit,"
"Amboi sejak bila anak aku pandai mencarut ni. Aku tak pernah ajar pun," tingkah Firdaus.
"Lagi bagus dari belajar jadi jantan dayus macam kau!" Naufal meludah ke arah muka ayahnya. Tepat.
"Derhaka punya anak!"
"PANG!"
Kepala lelaki berumur 16 tahun itu terteleng ke tepi. Naufal tersengih sahaja.
"Dia memang liar pun. Dia ada pakwe," El pula bersuara.
"Liar lagi jantan miang dan sundal macam kau. Habis lelaki perempuan kau tebuk kan," Ryane Naufal kembali membalas. Pedas.
"Jahanam punya budak," tumbukan padu kene tepat pada perutnya.
Serentak itu darah keluar menitis dari mulut Naufal. Dahi lelaki itu berkerut seribu. Menahan sakit. Mulutnya ternganga. Dia menunduk.
Firdaus berdiri di belakang anaknya. Dia menyentap rambut anak lelakinya itu kebelakang.
"Kau derhaka dengan aku Naufal. Aku ni ayah kau tahu tak! Kalau takde aku, kau takde dekat dunia ni!" laung Firdaus Reynold.
Naufal tersenyum. "Aku tak akan gelar kau ayah aku. Kau pun tak dapat nak jalankan tanggungjawab atas keluarga kau. Aku tak kesahlah kalau kau takde!"
Firdaus dan El terkejut dengan perubahan sikap Naufal. Bagaimana dia boleh jadi seberani itu? Dulu bukankah Naufal ini lemah? Dia berubah. Sebab apa? Atau siapa?
"DASAR!"
"Cukup!"
Tindakan Firdaus terhenti kerana mendengar suara lelaki yang serak lagi garau. Tua. Dia segera melepaskan pegangan pada rambut anaknya itu.
"Tuan," El dan Firdaus serentak menunduk hormat. Naufal sedar suara yang tua itu orang yang lebih berpengaruh berbanding ayahnya.
"Jangan tibai aset ni lagi. Dia masih berharga untuk organisasi kita," tutur suara itu lagi. Ryane Naufal memandang tuan empunya suara.
Seorang lelaki tegap. Kulitnya putih. Matanya sepet. Cina. Mukanya berkedut. Jelas lagi tua berbanding ayahnya. Baju hitam lengan pendek. Dapat dilihat pistol yang berada di sisi pinggangnya. Bertopi putih yang terdapat logo Bintang Merah.
"Saya Liu Meng, Ketua Bintang Merah Malaysia," perkenalan dimulai oleh lelaki tua itu. Naufal tidak bereaksi.
"Kau patut bangga sebab nama kau ada dalam senarai merah Keluarga Handerson. Organisasi yang digeruni dunia. HHAGAH. Tapi.. tak lama lagi akan tumbang. Nama Bintang Merah akan dijulang tinggi,"
"Berangan," sepatah balas Naufal.
"Aku just perlukan duit. Dan kau di tangan aku.. aku rasa Keluarga Handerson sanggup bayar. Kemudian 'berangan' tu akan jadi kenyataan,"
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...