Naufal berjalan kembali ke asrama. Dia mahu merehatkan mata dan badannya yang sudah penat semasa prep tadi. Setelah 1 jam setengah menghabiskan masa, dia berjaya menyiapkan semua kerja sekolah. Dia tidak mahu waktu cutinya dibelenggu dengan kerja sekolah. Inilah rutin hariannya setiap kali malam jumaat. Selesai sahaja prep malam dia akan terus tidur di atas katilnya.
Dia melangkah masuk ke dalam dormnya. Pintu ditutup lalu pandangannya kembali ke hadapan. Terkejut Naufal melihat Aridh dan Najwan sedang memerhatikannya dirinya dari tadi. Dahinya berkerut seribu.
"Kenapa pulak diaorang pandang aku lain macam," detus hati Naufal sambil menyambung langkah ke lokernya. Pintu besi loker itu dibuka. Beg sekolahnya dimasukkan ke dalam loker itu. Dia merebahkan badan di atas katil. Dia masih rasa ada orang yang sedang memerhatinya.
Dia bangun sedikit lalu memandang ke katil tepinya. Najwan yang sedang bersila masih memerhati dirinya. Syakir yang meletakkan kepalanya di atas peha Najwan sedang asyik bermain telefon pintarnya. Najwan pula mengelus-elus rambut pemain hoki yang ikal itu. Najwan berhenti memandang Naufal. Dia mengalihkan pandangan ke arah Syakir. Dia tersenyum.
Mata Naufal bergerak pula ke arah katil di hadapannya. Aridh mahupun masih memegang telefon pintar di tangan. Naufal masih dapat lihat mata pelajar lelaki 4SE itu sedang mengintainya. Dia kembali merebahkan badan. Dia mengusap muka. Jam tangan dipandang. Pukul 10.30 malam.
Dahinya berkerut. Dia seperti teringat akan sesuatu. Tapi apa? Dia yang dari berbaring, terus bersila.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya membulat sebaik sahaja teringat akan hal yang dia terlupa sebentar tadi.
"Alamak!"
Dia terus bangkit dari katil lalu menuju ke arah loker. Dia mengeluarkan selimut kuningnya dari loker. Langkahnya cepat dituju ke pintu, bersebelahan dengan katil Aridh. Dia tidak mempedulikan pandangan yang diberi oleh penghuni dorm dia.
Dia lebih risau kerana hampir terlupa akan yang diberikan oleh Riz pada petang tadi. Dari berjalan, dia mula berlari. Dia tidak mahu terlambat ke dorm Riz. Nasib dorm pengawas itu hanya di tingkat bawahnya sahaja.
Seusai sampai dia hadapan pintu, Naufal mengambil nafas. Dia penat berlari untuk turun ke tingkat bawah. Pintu bilik itu diketuk.
Pintu dorm itu dibuka. Muka Aaron yang kacak terpampang di muka pintu. Pengawas tingkatan 5 itu memandang lelaki yang sedang berdiri di luar dorm.
"Ouhh.. kau, masuklah," pelawa Aaron sambil membuka pintu dorm itu lagi luas. Naufal melangkah ke dalam dorm. Selimutnya digenggam erat.
Dia lihat Riz sedang meniarap di atas sebuah katil sambil membuat kerja sekolah. Katil Riz mungkin? Dia menghampiri katil tersebut.
Lelaki dari kelas 4SE itu melabuhkan punggungnya di sebelah Riz yang sedang meniarap. Naufal batuk kecil, menandakan ada orang. Riz mengangkat wajahnya keatas.
"Haa.., sampai pun kau," ucap Riz.
"Aku duduk sini je ehh?" soal Naufal teragak-agak.
"Duduk jelah mana-mana. I lagi suka kalau you duduk sebelah I macam ni," balas Riz selamba lalu menyambung kerjanya. Naufal hanya tersenyum tidak selesa.
Pelajar tingkatan 4 itu setia duduk di sisi exco tersebut, melihatnya melakukan kerja sekolah. Suasana kembali senyap. Dia berasa tidak selesa.
Naufal menebarkan pandangannya ke seluruh ruang di dalam dorm tersebut. Dia hanya perasan Aaron sedang berbaring di atas katilnya bermain telefon pintar.
"Kita nak tidur mana malam ni?" soal Naufal menghilangkan suasana janggal.
"Malam ni kita tidur bawah. Semua letak tilam kat bawah. Biasa dah kitaorang buat macam tu," jawab Riz masih khusyuk menjawab soalan die buku latihannya.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...