Dia melalui laluan ke asrama putera SBPXXX. Naufal menyandang totie bag kepunyaannya pada bahu kanannya. Langkahannya sederhana. Mahupun ini sesi pertamanya di sekolah yang berstasus tinggi itu, kerja sekolahnya tidak sikit.
Setelah melepasi pagar asrama itu, segera Naufal menuju ke arah bilik prep yang terletak di aras bawah asrama itu. Reka bentuk asrama itu seperti huruf 'U'. Terdapat 4 aras. Satu aras itu terdapat 5 dorm. 2 di kiri dan kanan manakala 1 di tengah kecuali aras bawah sekali. Aras bawah bahagian tengah telah dijadikan bilik prep buat pelajar lelaki SBPXXX.
"2.10," ucap Naufal semasa melirik ke arah jam tangan birunya. Dia sampai di hadapan bilik prep. Pintu dibuka lalu dia memasuki bilik tersebut. Pelajar lelaki tersebut memilih tempat duduk berdekatan dengan pintu supaya memudahkan pergerakan keluar masuknya.
Nasib baik Zakwan, exco pengawas telah memberitahu Naufal lokasi-lokasi penting di asrama ini dan memberitahu peraturan asas di asrama semasa mereka menuruni tangga asrama menuju ke pejabat sekolah. Dia bersyukur ditolong oleh insan tersebut kerana kemungkinan dia akan menjadi seperti rusa masuk kampung.
Kerja sekolah dikeluarkan. Naufal memulakan proses menyiapkan kerja sekolahnya.
Syakir baru sahaja sampai di hadapan asrama tetapi dia tidak ditemani oleh sesiapa. Biasanya dia akan ditemani oleh Najwan dan Aridh. Tetapi kali ini dia berseorangan.
Najwan telah dipanggil oleh guru disiplin mereka tentang urusan penyerahan tugas tidak lama lagi. Rakan pengawasnya itu telah dipilih sebagai pengganti ketua pelajar sekolah elit itu. Aridh? Aridh seperti biasa, dipanggil oleh guru disiplin kerana masalah disiplinnya. Syakir sudah masak dengan perangai Aridh yang telah merangkap kawan baiknya sejak tingkatan 1 lagi.
"Haih.. kawan masing-masing busy. Kalau macam ni sunyi aku," Syakir mengomel sambil meletakkan begnya di hadapan pagar asrama. Pemain hoki sekolah itu memandang jam tangan digitalnya bercorak tentera. Jam 2.30 petang. Sudah tiba waktu makan petang.
Jalan Syakir lambat kerana tidak ditemani oleh kawan-kawan baiknya. Dia sedih dan bosan. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki berjalan di sebelah Syakir lalu memotongnya. Syakir kenal akan sosok tubuh tersebut. Pelajar baru kelasnya. Dia tersenyum lebar.
"Naufal!" Nama lelaki di hadapannya dilaung. Lelaki di hadapannya berhenti lalu berpaling ke arahnya. Muka lelaki itu putih dan bersih. Senyuman terbentuk pada bibir lelaki tersebut. Naufal. Betul tekaannya. Dia segera berjalan ke sebelah Naufal.
"Hai, Syakir," Naufal membalas laungan Syakir tadi. Dia tersenyum sekejap lalu meneruskan perjalanannya menuju ke dewan makan. Agaknya apa menu dewan makan harini?
Syakir masih terkejut mendengar suara lembut Naufal ditambah dengan tona kulit muka Naufal yang putih. Pelajar lelaki itu dapat menawan pandangan pelajar perempuan dan juga lelaki yang lain.
"Najwan dengan Aridh takde. Kau lah yang teman aku gi dewan makan," ucap pula Syakir. Naufal membalas dengan anggukan lembut.
Naufal rasa selesa dengan perangai Syakir dan Najwan mahupun dia tidak lagi mengenal Aridh. Mereka bertiga kelihatan rapat berdasarkan pemerhatiannya dalam kelas. Syakir dan Najwan suka menolong dirinya untuk menyesuaikan diri dalam sekolah ini.
Pintu dewan makan dibuka. Syakir dan Naufal melangkah masuk. Mata-mata pelajar di dalam itu banyak tertumpu ke arah Naufal. Terlihat juga ada beberapa yang berbisik sesama mereka sambil memerhati pergerakan Syakir dan Naufal.
Mereka berdua beratur mengambil makanan. Menu harini adalah ayam merah dan sayur rebus. Siap mengambil makanan, mereka berdua duduk di meja makan yang mempunyai empat tempat duduk. Syakir duduk menghadap Naufal.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...