CH27: Tumpang (P1)

421 15 7
                                    

Naufal sedang melepaskan pandangan dari balkoni di hadapan dormnya. Nafasnya dihembus. Suasana petang malam itu sejuk kerana sudah hampir ke malam. Tenang.

Fikirannya melayang, pergi sewaktu dia kecil. Sewaktu keluarga Handerson, keluarga kepada D menolong dirinya untuk bebas daripada pegangan ayahnya sendiri. Terima kasih kepada mereka, dia dapat berada di SBPXXX ini.

Tanpa sedar air matanya jatuh. Nafasnya dihembus sekali lagi. Wajah ibunya terlintas.

"Ibu..., Naufal rindu ibu," tutur Ryane Naufal.

Benar Naufal terpisah dengan ibunya sejak kecil lagi. Kali terakhir dia melihat wanita yang melahirkannya itu, sewaktu dia dibawa oleh ayahnya. Dia dibawa jauh dari ibu. Sangat jauh.

Tiba-tiba pelukan dirasa pada pinggang lelaki berkulit putih itu. Kepala seorang lelaki diletak atas bahu Naufal. Nafas dirasa di telingannya.

"Fikir apa tu?" tanya lelaki itu.

"Nothing," jawab Naufal cepat mengelap air matanya. Lelaki yang meletakkan kepala di bahu Naufal tadi nampak apa yang terjadi.

"What happen?" soal lelaki itu. Dia segera membuatkan lelaki yang sama kelas dengannya itu memandang dirinya. Mata mereka saling berpandangan.

"Nothing, Aridh,"

"You can tell me everything, Ryane Naufal," Kedua-dua belah tangan Aridh mendakap pipi Naufal.

"Aku just rindu ibu aku tu je. You know lama tak jumpa,"

Aridh terdiam mendengar ayat itu. Dia berfikir sejenak. Patut ke dia tanya soalan itu?

"Bila last kau jumpa ibu kau?" soalan itu keluar dari mulut Aridh.

Naufal memandang lantai. Memori dikerah. Nafas dihembus.

"About 10 years ago,"

Mata Aridh Adzriel terbuntang. Dia tidak sangka akan jawapan itu. Itu satu tempoh masa yang sangat lama.

"How-,"

"Aridh, not here okey. Next time. Aku tengah fikir nak stay mana cuti ni. Family Makcik aku takde. So aku kene cari tempat lain,"

Soalan pemain hoki SBPXXX itu tidak menjadi. Dia tidak sempat. Lagipun mereka sedang berada di balkoni asrama. Tidak sesuai untuk bercakap hal kehidupan personal masing-masing di sini.

Angin bertiup. Sejuk. Suasana hening seketika. Mereka berdua senyap.

"Tumpang tidur rumah aku," kata Aridh Adzriel.

"Ha?" soal Naufal tidak percaya. Dahi lelaki itu berkerut. Matanya ditala ke arah teman lelakinya itu.

"Tumpang rumah aku. Lagipun kita dah in-relay. Aku pun nak korek lebih pasal kau. Aku pasti kau pun nak benda yang sama kan?"

"Tapi Aridh, lama tu. 2 minggu. Parents kau tak marah ke?"

"Aku cakaplah kawan tumpang rumah. Confirm green light punya!" kata Aridh. Dia segera menunjukkan ibu jari ke atas. Senyuman yang lebar terbentuk di mulut.

Sebelah kening lelaki berkulit putih di hadapannya itu terangkat.

"So aku ni KAWAN kau?"

Senyuman di bibir Aridh pudar. Matanya terbeliak.

"Shit salah cakap!" detus lelaki berkaca mata itu di dalam hati.

Naufal berlalu pergi. Lelaki tingkatan 4 SE itu masuk ke dalam dorm.

"Sayang! Salah cakap lah. Kau bukan KAWAN! Kau BF aku!"

"Whatever, Aridh,"

"Naufal!"

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now