CH34: Lawan

308 14 12
                                    

D, Ikris, Kak Jenab dan Fatin~~

D dan Ikris mendahului. Mereka berdua berjalan di tengah dua kelompok. Sayap kiri dan sayap kanan.

Kak Jenab mengepalai bahagian sayap kiri. Fatin pula pada sayap kanan. Mereka fokus. Tandas awam sudah dapat dilihat jelas.

"People, target kita Naufal. Semua dah kenal. Pastikan dia selamat. Bunuh Bintang Merah yang menghalang melainkan mereka menyerah diri," pesan Danny Flynn Handerson.

Masing-masing mengangguk tanda faham. Mereka meneruskan perjalanan. Sayap kiri dan kanan mula bergerak ke arah berbeza. Meninggalkan D dan Ikris berduaan di hadapan tandas awam itu. D tidak gementar mahupun menunduk. Begitu juga Ikris.

Mata Fatin menangkap pergerakan di sisi kanan tandas itu. Keluar beberapa ahli Bintang Merah.

"Fire!" arah Fatin.

Bahagian sayap kanan kumpulan itu pantas menembak beberapa ahli Bintang Merah itu. Satu per satu tumbang.

Sejurus itu Kak Jenab juga menangkap pergerakan yang sama dari belah kiri tandas awam. Kakinya dilajukan ke hadapan. Mendahului yang lain.

"Sayap kiri! Lepaskan tembakan!" arah Kak Jenab.

"BANG!"

Pistol pembantu rumah itu berbunyi dahulu sebelum orang yang di sayap kiri memulakan tembakan mereka. Bertambah ahli Bintang Merah yang telah tumbang.

"Sayap kiri, hold position! Fokus semua arah!" arah Kak Jenab.

Kumpulan sayap kiri itu, paham. Mereka berhenti bergerak. Terus berpaling ke merata arah. Membelakangi satu sama lain. Membentuk bulatan 2 lapis. Memastikan tiada yang cuba menyusup atau menyelinap.

Kak Jenab laju ke bahagian kiri tandas itu. Nampak seorang ahli Bintang Merah sedang cuba keluar dari balik dinding. Tangannya cuba ditala ke arah kumpulan sayap kiri.

Kak jenab mengetap bibir. Dia tidak akan membiarkan kelaki itu menembak kumpulannya. Kaki perempuan itu diayun ke arah tangan  lelaki itu. Tangan dia terkebelakang.

Kak Jenab menghadap lelaki itu. Sepakan padu tepat mengena perut lelaki itu. Mata lelaki itu membulat.

Lelaki itu terpelanting jauh ke belakang. Kuat sepakan Kak Jenab. Bukan calang-calang pembantu rumah.

Perempuan itu memandang ke kiri dan kanan. Tiada lagi yang berdiri. Tinggal beberapa tubuh yang tidak bernyawa. Tanah sekeliling tandas itu mula merah dengan darah.

Kak Jenab segera merapati lelaki yang cuba bangun itu. Lelaki itu cuba mencapai pistol yang berada hampir dengannya.

"Salah gerakan, cik abang," Kak Jenab terus menalakan muncung pistol ke arah lengan lelaki tersebut. Picu ditekan.

"BANG!"

"ARGHH!"

Lelaki itu menjerit kesakitan. Lengannya mula berdarah. Tangan sebelah lagi, menutup lubang yang besar pada tangan lelaki itu.

Kak Jenab bercangkung di sebelah lelaki itu. Rambut lelaki itu ditarik.

"Mana Naufal?" soal pembantu rumah itu.

Senyap.

Pistol diarah pada kepala lelaki itu.

"Aku tanya mana Naufal?!"

"Diaorang bawak dia pergi!" Akhirnya lelaki itu menjawab. Dia menunjuk ke arah belakang tandas itu.

"Shit!"

Kak Jenab bangun. Dia mula bergerak dari situ. Dia perlu beritahu D, Ikris dan Fatin berkenaan maklumat ini.

Fatin~~

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now