El berjalan menuju ke kelas tingkatan 4. Mata-mata pelajar di aras satu blok itu laju memandangnya. Mana taknya, El, exco 3K yang mana pernah menjejakkan kaki di kelas lain selain kelasnya. Kelas tingkatan sendiri pun, jarang pergi inikan pula tingkatan lain. Mulut-mulut pelajar itu mula kecoh dan berbisik antara satu sama lain.
Langkahnya laju pergi ke satu kelas. 4SE. Kelas Naufal. Dia sudah melepas dua kali peluang. Pertama kali sewaktu Naufal tidur di dormnya dan kali kedua semasa-
Dia sudah sampai di muka pintu kelas 4SE. Dia memandang seorang lelaki berbadan kurus berkaca mata.
"Tolong panggilkan Naufal," arahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu yang asyik membuat nota cepat bangun menyedari keberadaan El di tepinya. Dia pergi ke arah Naufal yang berada di belakang kelas bersama Aridh.
Aridh sedang memegang tinggi jam tangan hitam kepunyaan Naufal. Naufal pula sedang sedaya upaya mengambil kembali jam tangan itu. Walaupun tinggi mereka hampir sama, Aridh lagi pantas menukarkan kedudukan jam tangan hitam itu.
"Aridh, bagilah.." rayu Naufal sambil masih berusaha mendapatkan kembali jam tangannya.
Tiba-tiba bahunya ditepuk. Dia berpaling begitu juga Aridh. Rakan sekelasnya.
"El nak jumpa kau," katanya sambil mengarahkan kepalanya ke arah El yang sedang tersengih serupa kerang di muka pintu kelas 4SE. El sempat melambai ke arah Naufal yang masih terkejut di situ.
Naufal teragak-agak untuk menghampiri lelaki itu. Sejak kejadian di bilik prep hari itu, dia makin tidak selesa dengan sikap El.
Sebelum menuju ke El, budak kelas 4SE itu sempat merampas kembali jam tangannya dari genggaman Aridh yang hilang fokusnya memandang El. Naufal laju pergi ke arah El.
Aridh masih di hujung kelas. Dia memandang tajam muka El. Jijik dengan lelaki hipokrit itu. Dari awal dia masuk ke SBPXXX, dia memang tidak suka dengan sikap El itu. Dia lagi tidak suka Naufal bergaul dengan lelaki itu.
Dia takut lelaki itu akan buat sesuatu pada Naufal. Dia risaukan keselamatan Naufal? Hatinya rasa tidak senang melihat Naufal bergaul dengan orang lain. Mahupun Najwan dan Syakir, kawan baik dia sendiri.
Naufal sudah berdiri di hadapan El di luar kelas. Dia memakai kembali jam tangan hitamnya.
"Kenapa?" Naufal bertanya.
"Malam ni, join aku dengan Riz kat kantin exco nak? Kitaorang belanja kau makan. Istimewa untuk kau," kata El lalu memegang tangan Naufal. Dia tersengih penuh makna. Naufal menelan air liurnya.
Naufal terjeda sebentar. Dia berfikir jawapan yang terbaik. Cuba memikirkan kesan kepada pilihannya. El dan Riz hanya mahu belanja dia. Tapi atas sebab apa? Kenapa tiba-tiba? Dia ade buat apa-apa ke kepada kedua-dua exco itu.
"Bo- boleh, tapi aku bawak teman boleh?" Teragak-agak Naufal membalas sambil cuba melepaskan pegangan tangan El yang kuat itu. El seperti berkira-kira sebelum menganggukkan kepalanya. Dia melepaskan tangan Naufal lalu sekali lagi tersenyum.
"Janji ehh?" soal El mengada.
Naufal mengangguk.
"Jumpa malam ni ye... Byeeee~," ucap El lalu melayangkan flying kiss kepada Naufal. Lelaki berkulit putih itu tersenyum janggal dengan tindakan El. Hilangnya El dari pandangan matanya dia kembali masuk ke dalam kelas.
Dia melihat jam tangannya. 7.45 pagi, beberapa minit sebelum kelas subjek pertama bermula. Dia masih memikirkan hal sebentar tadi.
"Siapa aku nak ajak?" monolognya sendiri. Matanya tertancap ke arah Najwan yang sibuk bercakap dengan Syakir.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...