CH17: Sedar

464 27 51
                                    

Mata lelaki itu perlahan-lahan terbuka. Matanya kurang jelas. Dia dapat menangkap beberapa suara di sekeliling dirinya.

"Naufal dah sedar, panggil doktor!"

"Cepatlah!"

"Ke tepi!"

Tidak lama kemudian mata pemuda itu disuluh. Perlahan-lahan kembali jelas. Dia berkelip beberapa kali. Dia memerhati keadaan sekeliling.

Siling putih. Keadaan yang sejuk. Sekarang dia berada di ruang yang asing buat dirinya.

"Mana ni?" soal lelaki itu. Serak.

"Kamu sekarang di Hospital Jendayu, Naufal," jawab seorang lelaki. Naufal melihat lelaki itu. Berkot putih berkaca mata bingkai hitam. Doktor mungkin.

"Berapa lama saya tak sedarkan diri?" Walaupun baru sahaja sedar dari pengsan, Naufal masih mempunyai kekuatan untuk bertanya.

Doktor lelaki itu tersenyum melihat Naufal yang mampu bercakap dengan lancar. Hal ini menunjukkan peningkatan pesakit yang baik.

"Hampir 3 hari kamu terlantar di sini. Nasib ada kawan-kawan kamu yang tolong jagakan kamu," jawab doktor itu. Dia mengalihkan pandangan ke satu arah. Naufal mengikut pandangan doktor itu.

Berdiri tidak jauh dari mereka, 3 orang pelajar SBPXXX. Najwan, Syakir dan .... Aridh. Syakir tersenyum sambil melambai ke arah Naufal yang akhirnya tersedar. Najwan pula sedang memeluk leher Syakir sambil tersenyum ke arah Naufal. Bibir pucat Naufal mengukirkan senyuman.

Mata lelaki kulit putih itu pergi ke arah Aridh. Lelaki itu hanya membalas pandangan Naufal kosong. Kedua belah tangannnya dimasukkan ke dalam poket seluar. Tapi Naufal perasan akan sesuatu pada lelaki itu. Matanya seakan berair.

Naufal kembali memandang doktor.
Dia rasa tenang. Dia ingat akan perkara yang berlaku sebelum ini, tapi dia rasa selamat. Dia sedar kawan-kawannya akan berada di sisi sedia menolong.

"Syukur kamu dah sedar. Pihak sekolah kamu sudah dimaklumkan. Mereka akan sampai nanti. Saya mintak diri dulu ye, saya beri ruang untuk kamu bercakap dengan kawan-kawan kamu yang lain," tutur doktor lelaki itu lalu beredar. Langkah doktor itu diikuti dua orang jururawat.

  Tiga rakan itu datang menghampiri Naufal. Najwan dan Syakir berdiri di sisi Naufal manakala Aridh di sebelah kanan. Lelaki berkaca mata itu masih menunduk, tidak menampakkan wajahnya.

"Korang temankan aku selama ni?" tanya Naufal. Asyik bertanya sahaja budak ni, takde keje lain ke.

Najwan dan Syakir mengangguk, Aridh senyap tidak memberi respon. Pemain hoki itu menjeling Najwan seperti memberi isyarat. Najwan faham akan isyarat itu.

"Syakir jom keluar, teman aku jap," ajak Najwan lalu terus menarik lengan Syakir keluar bilik 301A itu. Muka Syakir nampak keliru, tapi hanya mengikuti tarikan Najwan. Mereka berdua keluar dari bilik itu. Tinggal Aridh dan Naufal sahaja di dalam itu.

Naufal sedang tersenyum. Aridh pegang tangan Naufal. Mukanya masih tertunduk. Mata Naufal dikecilkan.

"Kenapa?" tanya Naufal dia membalas pegangan tangan pemain hoki di sebelahnya. Dia tidak tahu mengapa, tapi rasa selesa berbuat demikian.

"Lain kali jangan hilang," jawab Aridh. Suara Aridh bergetar tapi ditahan. Dahi Naufal berkerut.

Tiba-tiba tangan Naufal terasa basah. Dia perhati. Ada titik air yang jatuh pada tangannya. Jari jemari Aridh sibuk mengusap tangan Naufal. Aridh sedang menangis.

"Aridh kau-," Ayat itu tidak sempat dihabiskan, Aridh terus mendakap tubuh lelaki yang sedang terduduk di atas katil itu. Nafas lelaki berkaca mata itu dirasa kuat pada bahu Naufal. Naufal rasa selamat di dalam dakapan itu.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now