CH32: Jalan-jalan

377 17 20
                                    

Aridh sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin besar dengan ukiran vintage. Dia mengenakan baju t-shirt putih dengan seluar jean coklat. Tidak lupa jam tangan lamanya pemberian arwah abangnya, Arif Adzriel.

Setelah memastikan rambutnya elok dia berpaling dari cermin itu. Mata lelaki itu membulat melihat pemandangan dihadapannya itu.

Naufal sedang memakai butang baju kemeja hitam lengan panjang. Disertakan dengan seluar slack hitam.

"Okey?" lelaki kulit putih itu bertanya pendapat teman lelakinya.

Aridh tidak menjawab tetapi hanya merapati Naufal. Dia menolong Naufal memasukkan butang baju terakhir. Dia menyapu bahu teman lelakinya itu.

"Handsome and cute enough to attract me," balas Aridh lalu mengusap pipi Ryane Naufal. Naufal hanya tersenyum.

"Boys dah siap ke jom turun!" panggil Datin Lyane Rose dari tingkat bawah.

"Siap, mama!" Serentak dua pelajar SBPXXX itu menjawab.

Aridh membuka pintu bilik. Naufal mengambil peluang itu lalu laju mencium pipi teman lelakinya itu. Mata pemain hoki itu terbuntang.

Ryane Naufal laju menuruni tangga. Aridh pula berlari mengejar di belakang. Mereka dapat lihat papa, mama dan Kak Jenab sedang menunggu di hadapan pintu masuk. Masing-masing dengan pakaian keluar.

"Haa lari lagi. Jatuh nanti!" pesan mama.

"Exercise tengah hari mama!" jawapan yang sama diberi oleh Naufal.

Sekarang Aridh dan Naufal sudah berada di tingkat bawah. Mereka berdiri di hadapan mama. Mama terus pergi ke arah mereka.

"Hensem anak-anak mama ni," puji Datin Lyane Rose.

"Papa, kita boleh gerak dah," kata Kak Jenab sebaik melihat waktu di jam tangannya.

"Jom kita jalan-jalan!" laung Dato' Aqwan Adzriel sambil menjulang sebelah tangan ke atas.

"Jom!" sambut yang lain.

10 minit berlalu~~

Mereka sekeluarga sudah sampai di sebuah mall berdekatan rumah mereka. Masing-masing teruja untuk pergi ke situ. Biasalah, sudah lama tidak keluar ramai-ramai begini.

"Mama jom tengok baju," ajak Kak Jenab lalu menarik tangan Datin Lyane Rose itu pergi ke kedai baju.

Papa, Aridh dan Naufal hanya membontoti mereka berdua. Khusyuk benar masing-masing memilih baju.

Ryane Naufal pergi ke arah satu baju yang menarik minatnya. Baju hitam berbelang putih dengan lengan panjang. Cantik.

Lama dia memerhati baju itu.

Tiba-tiba sepasang tangan memeluk pinggangnya dari belakang. Dia dapat merasakan kepala dilentokkan ke atas bahu sebelah kanannya. Naufal tahu siapakah itu.

Naufal mahu marah tetapi disabarkan aja. Teman lelaki sendiri kan?

"What are you doing, little munchkin?" tanya Aridh yang seronok memeluk pinggang langsing lelaki kulit putih dihadapannya.

"Bagi makan kucing," selamba jawab teman lelaki Aridh itu.

"Ish you ni,"

"Tengok bajulah,"

Aridh melepaskan pelukan. Dia turut melihat baju yang Naufal katakan itu. Perlahan-lahan tangannya menuruni hingga mencapai tangan Naufal yang memegang baju itu.

Naufal tersenyum. Aridh juga begitu.

"Ambil kesempatan nampak," tutur Ryane Naufal.

"Boyfriend sendiri jugak," balas Aridh. Dia mengusap lembut tangan putih Naufal.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now