Naufal menuju ke tandas. Dia berpaling. Melihat keluarga Aridh dan pembantu rumah mereka. Tidak lupa Najwan dan Syakir. Dia tersenyum.
Memorinya melayang kepada individu yang pernah menolongnya. D dan Ikris. Rakan sekelasnya. Para warden SBPXXX. Akhir sekali, ibunya, Niami Angeline dan kakaknya, Fatin Arian.
Dia tersenyum.
"Semua dah perfect, tinggal ibu dengan kakak je lagi," ucap lelaki kulit putih itu.
Dia melangkah masuk ke dalam tandas awam itu. Tapi terhenti. Dia rasa diperhati. Dahi berkerut.
Naufal pandang ke belakang. Nampak dua orang lelaki dengan baju hitam serta seluar trek. Pada bahu baju mereka terdapat lambang bintang merah.
Mata Naufal membulat. Dia takut. Jantungnya berdegup kencang. Dia cuba bergerak ke arah laluan keluar yang lain.
Terdapat seorang lelaki dengan pemakaian yang sama. Pada seluar itu terdapat logo bintang merah seperti yang lain.
"Babi,"
Naufal tersekat sekarang. Dia tidak mempunyai cara lain. Dia segera mencapai telefon pintar di dalam poketnya. Dia mahu menelefon teman baiknya.
Baru sahaja mencapai poketnya. Tangannya dipegang erat. Air liur diteguk.
"Nak call siapa tu?"
Suara lelaki didengari. Suara itu. Suara El. Bekas pelajar SBPXXX. Orang yang pernah menculiknya pergi. Rasa menyesal bertandang di hati Naufal.
"Kenapalah aku tak bagi Aridh ikut?" soalan itu terdetik dalam hati putera Niami Angeline itu.
Naufal berpaling. Satu pukulan cuba dituju ke arah wajah El. Tetapi tidak sampai. Tangan yang dituju itu, ditahan.
Sekali lagi air liur ditelan. Jantung berdegup lagi laju.
"Sejak bila pandai pukul orang ni?" Suara yang lebih dalam kedengaran. Mata Naufal terbuntang. Dia memandang ke arah individu yang menghalang pukulannya tadi.
"Ayah!"
"Hehe, kau banyak buat hal lately ni," ucap Firdaus Reynold ayah kepada Ryane Naufal dan Fatin Arian.
Dia meronta cuba melepaskan diri. Dia kali ini tidak akan mudah membiarkan dirinya mudah diambil. Tidak seperti sebelum ini. Dia akan melawan.
Pegangan ayah Naufal dan El semakin kuat. Dahi Naufal berkerut. Nafas ditarik dalam.
"ARIDHH!!!" Laungan yang kuat dilepaskan dari corong suara Naufal. Sekali lagi dia meronta dilepaskan.
"Budak ni, kau pegang dia!"
El melepaskan pegangan pada tangan Naufal. Firdaus Reynold mengambil tangan yang dilepaskan tadi. Kawasan tandas awam itu dikelilingi oleh ahli Bintang Merah.
El mencapai sepucuk pistol dari belakang seluarnya. Muncung pistol itu ditala ke atas. Picu ditarik.
"BANG!"
"Kau dengar sini! Kalau kau tak senyap kau makan peluru ni!" laung El.
Kepala bekas pelajar itu ditonyoh.
"Kau pergi tembak kenapa, bodoh? Tarik perhatian!" kata bapa Naufal itu. El hanya memandang lelaki tua itu tajam.
"Sediakan kereta! Jaga laluan kita!" arah El.
"Baik, bang!" Balas ahli Bintang Merah yang lain.
Mereka terus melakukan tugas masing-masing. Ada yang membuka laluan. Ada yang pergi menjaga kawasan agar tiada orang lain menghampiri kawasan tandas awam itu.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...