Najwan dan Syakir sedang duduk di kerusi kayu di koridor Hospital Jendayu. Menghadap bilik Naufal. Mereka berdua sedang menjilat aiskrim dengan nikmat.
"Kau rasa Aridh buat apa dekat Naufal kat dalam?" tanya Najwan lalu menghabiskan aiskrim berperasa mint itu. Batang aiskrim itu dibuang ke dalam tong sampah di tepi pintu bilik 301A.
"Jagalah, apa lagi," balas Syakir selamba turut melakukan perkara yang sama. Dia mengeluarkan beberapa helai tisu dari poket seluarnya. Dia mengelap mulut menyahkan kesan aiskrim vanilla.
"Sapa tahu mungkin dia buat..," Najwan tidak menghabiskan ayat dia. Syakir berpaling. Mata kapten hoki itu dikecilkan.
"Kau fikir jauh sangat apasal?"
"Saja," ringkas Najwan menjawab.
Syakir menggeleng. Dia merapati kekasihnya. Bahu lelaki itu disentuh lembut. Terukir senyuman nakal pada bibirnya. Najwan terdiam. Syakir mengeluarkan sehelai lagi tisu lalu mengelap mulut Najwan dengan lembut.
"Makan gelojoh sangat," ucap lelaki kurus itu. Dia buang tisu itu setelah selesai mengelap. Dia lebih tinggi berbanding Najwan. Sangat kontra beza tinggi mereka.
"Aku makan kau... Lagi gelojoh," sambut Najwan. Dia membisikkan ayat itu kepada Syakir. Laju sahaja pipi kapten hoki itu memerah. Mereka menjarakkan diri mereka kembali.
Najwan tersengih melihat perlakuan bush hatinya itu.
"Dahlah, jom masuk," potong Syakir lalu mendahului Najwan masuk ke dalam bilik Naufal. Najwan pula sedang menahan gelak.
"Macam mana aku tak jatuh cinta dengan kau, Syakir Tyler Lee," kata Najwan lalu mengikuti langkah lelaki tingkatan 4 tadi.
Syakir masuk ke dalam bilik itu. Aridh sedang duduk di atas sofa bermain telefon pintarnya. Tetapi ada satu benda yang lelaki itu perasan. Sebelah tangan Aridh sedang memegang tangan Naufal yang sedang terbaring di atas katil.
"Sweet nampak, Aridh," suara di belakang Syakir menyapa. Cyrill Najwan. Pengawas SBPXXX itu pergi ke sebelah Syakir. Aridh sedar akan kehadiran dua rakannya. Lelaki itu bangkit dari duduk lalu pergi ke arah mereka.
"Kau okey tak?" soal Syakir.
Aridh mengangguk. Mereka bertiga duduk di atas sofa bersebelahan katil Naufal. Mata mereka bertiga silih berganti.
"Keadaan sekolah macam mana?" Aridh tertanya-tanya apakah keadaan SBPXXX. Berdasarkan apa yang Puan Lingling cerita, sangat tidak stabil.
"Kes ini berat, Aridh. Nasib tak keluar berita atau surat khabar. Itupun ramai cikgu tak dapat masuk kelas sebab ada sesi soal jawab dengan pihak atasan. Budak-budak form 5 dan badan pengawas pun tak dapat duduk selesa sekarang," jawab Najwan panjang lebar. Dia menyatukan kedua belah tapak tangan. Jelas runsing.
Aridh bersandar pada sofa itu. Dahinya berkerut.
"Jarang kes macam ni tak masuk berita atau surat khabar. Lebih-lebih lagi dengan macam-macam organisasi yang turun sekolah kita. Boleh kata mustahil," ulas Aridh.
"But itulah kebenarannya. Online news pun tak de," sokong Syakir kepada penjelasan Najwan sebentar tadi. Lelaki tingkatan 4 itu menjatuhkan tangannya di atas peha Najwan. Memberi semangat.
Aridh semakin pelik. Pertama kali, berkaitan kemasukan Naufal yang tidak cukup maklumat. Sekarang, berkenaan berita ini. Sesuatu sedang terjadi, tapi dia tidak tahu apa.
Tiba-tiba suasana yang senyap itu dipecahkan oleh bunyi perut Aridh yang menderu-deru. Mereka bertiga ketawa cepat di situ.
"Kau lapar ke weh?" tanya Najwan sambil mengesat air matanya kerana kuat ketawa. Syakir cuba menutup mulutnya.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...