Mata dia dibuka perlahan. Dia menggosok-gosok matanya. Dia hanya terbangun kerana pundi kencingnya tidak lagi mampu menahan kencing. Dia melihat paparan waktu di skrin telefon pintarnya.
5.00 pagi. Dia memandang ke arah katil di hadapannya. Kosong.
"Budak tu tak balik lagi," ucap Aridh. Terbit rasa prihatin pada diri lelaki itu. Dia ingin tahu di mana Naufal. Dia dapat tidur lena atau tidak. Aridh mengeluh.
Pemain hoki itu bangkit dari katilnya. Dia menggaru-garu belakang badannya sambil bergerak malas menuju ke arah pintu. Dia sedang memakai baju sleeveless berwarna hitam bersama seluar trek kelabu panjang. Aridh sedang berjalan secara malas.
Tidak pergi membuang kang. Boleh dia kena kanser pundi kencing. Dia tidak mahu. Jadi dibawanya sahaja badan itu secara malas menuju ke tandas.
~Tandas~
"Setan!" carut Aridh sedang dia duduk di mangkuk tandas. Kata sahaja mahu kencing, tapi apabila melangkah masuk ke tandas rasa ingin membuang air besar pula sampai.
Boleh pula air dalam tandas waktu lambat naik. Tahulah dormnya di tingkat atas. Terpaksa dia duduk lama di dalam kubikel tandas itu. Dia masih bengang dengan keadaan air di asrama SBPXXX ini.
~Siap urusan~
Pintu dorm itu dikuak perlahan. Baru sahaja setapak ke dalam dorm. Langkahnya terhenti. Matanya tertumpu ke satu arah. Atau lebih spesifik, loker Naufal. Jantung Aridh mula berdegup kencang.
Di ruang pandangannya, satu lembaga sedang berdiri tegak memandang loker rakan sekelasnya itu. Dia meneguk air liurnya. Aridh menutup pintu dorm. Pandangan tetap setia memandang lembaga itu. Otaknya mula mengimbas memori malam semalam.
~Flashback~
Aridh, Najwan, Syakir dan dua orang lagi ahli dorm itu sedang membentuk sebuah bulatan di tengah dorm. Mereka sedang berborak sesama mereka. Tajuk pada malam itu ialah 'Hantu'.
Seorang ahli dorm itu mula membuka cerita.
"Semalam waktu kitaorang nak balik dorm pukul 3 pagi macam tu, kitaorang ternampak ada lembaga diri depan dorm kita," kata dia.
Seorang lagi ahli dorm itu mengangguk mengiyakan cerita kawannya sebentar tadi.
"Lepastu apa jadi?" soal Najwan tidak sabar. Syakir juga sedang khusyuk mendengar cerita itu. Aridh pula sibuk melayari Internet di telefon pintarnya. Sambil-sambil itu juga menangkap cerita ahli dorm dia.
"Kitaorang nak tegur waktu tu.. Baru nak rapat, lembaga tu hilang," sambung lelaki itu. Najwan hanya meneguk air liurnya. Syakir hanya mengangguk. Aridh pula hanya menggeleng.
"Karutlah semua ni," ucap Aridh tiba-tiba. Dia terus naik ke atas katilnya lalu berbaring. Aridh memang tidak percaya hantu sejak kecil lagi.
~End flashback~
Matanya masih fokus memandang lembaga itu. Suasana gelap dan ketiadaan kaca matanya, menyusahkan Aridh mengenal pasti siapa atau 'apa' yang sedang berdiri itu. Adakah malam ini egonya berkenaan hantu akan runtuh? Adakah yang dilihatnya pada malam ini merupakan makhluk ghaib yang sebenar?
"Thump!" Bunyi seperti sesuatu berlanggar dengan loker Naufal.Aridh terlompat. Kelihatan seperti 'kepala' lembaga itu didekatkan kepada loker. Jantung Aridh semakin kencang berbunyi. Aridh dapat mendengar jelas degupannya.
Dia menghampiri katilnya. Telefon pintarnya dicapai. Jarak antara dia dengan lembaga itu dipendekkan. Dia membuka aplikasi 'flashlight' di telefon itu. Dia mula meneguk liur.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...