CH9: Luahan hati

652 32 35
                                    


Ahli dorm exco pengawas itu masing-masing sedang berbaring di atas katil. Mereka berempat sudah bersarapan awal. Aaron, Riz dan El sedang bermain dengan telefon pintar mereka. 

Zakwan pula sibuk menyusun kertas-kertas latihan dan nota ke dalam fail sekolah. Dia juga diamanahkan untuk menyusun kertas laporan mingguan lelaki dalam fail sahsiah pelajar. Di sini kita dapat lihat pengawas yang manakah menjalankan tugasnya dengan betul?

Rambut El nampak serabut. Dia tidak puas hati akan sesuatu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

"Hish! Kurang ajar s*al budak tu. Tak bagitau kita pun nak blahh," rungut El lalu melemparkan telefon pintarnya ke atas katil. Nafasnya turun naik. 

El baru sahaja mahu bermanja-manja dengan lelaki tingkatan 4 itu pagi ini. Malang sekali apabila dia bangun Naufal sudah tiada di dalam dorm itu. Terlepas peluang dia dengan aset sebaik itu. 

Zakwan menjongkitkan sebelah keningnya memandang El yang jelas runsing. 

"Alah dia dah cuba kejut kita agaknya, tapi kita yang tak bangun. Biasalah masing-masing telinga pekak," balas Zakwan selamba. Dia menutup fail sekolahnya lalu diletakkan di tepi katil. Dia membuka pula fail sahsiah pelajar. 

El berkerut memandang Zakwan. Pelik betul dengan layanan Zakwan yang istimewa terhadap Naufal. El tahu yang Zakwan itu baik, tapi jarang sekali untuk rakannya itu menyokong orang lain. 

"Aku setuju dengan El," sokong Riz. El mengangguk laju. Dia mendepakan tangan sambil duduk di atas katilnya. Dia bangga Riz menyokongnya. 

"Korang ni kecohlah. Biasalah tu. Dia pun ada kerja lain jugak. Lagipun kita ni bukan rapat pun dengan dia," bangkang Zakwan lagi. Dia menyusun teliti kertas-kertas laporan minggun di dalam fail. Sesekali matanya memandang El dan Riz. 

El mengetap giginya geram. Dadanya turun naik. Dia memandang tajam Zakwan yang masih melakukan kerjanya tenang. 

"Kesahlah! Malam ni dia tidur sini lagi!" Pendirian El tetap. Dia mahu bermanja dengan Naufal juga malam ini. Itu kemahuannya. Muktamad. 

"Susahkan budak tu je. Aku pun rasa dia tak perlu tidur sini lagi malam ni," sampuk Aaron setelah sekian lama berdiam diri. Dia selama ini menadah telinga akhirnya membuka  bicara. Zakwan mengangguk. El dan Riz pula terkejut dengan kata-katanya. 

"Kau bolehlah cakap macam tu. Budak tu dah peluk kau semalam." Sekali lagi El merungut. Kali ini Riz diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa komen. 

Aaron memandang wajah El. Dia serius kali ini. Pandangannya mahupun biasa seperti menusuk El. Jelas exco pengawas itu tidak setuju dengan cadangan El. El menelan air liur. El terdiam sekejap. 

"Kalau macam tu, aku sanggup tebalkan muka. Aku pergi tidur dekat dorm dia," kata El tetapi kali ini suara sedikit mendatar. Dia berpaling menghadap Aaron. Aaron pula hanya mengangguk sekali. Beri kebenaran mungkin. 

"Seriuslah! Sekolah ini nak runtuh ke sampai kau sanggup tidur dorm orang lain,"  balas Riz kepada kata-kata El sebentar tadi. 

Jarang. Eh bukan. Tidak pernah pun dalam sejarah El tidur di dorm lain selain dormnya sendiri. Apa yang ada pada Naufal sampai membuatkan exco kebersihan itu melakukan hal demikian? 

"Ada-ada je lah korang ni. Dahlah gi mandi bodoh. Busuk siak!" sampuk Zakwan. 

Memang benar pun mereka berempat memang tidak mandi lagi. Mereka hanya membasuh muka lalu pergi ke DM. 

"Kau ni kan macam cakap dengan cermin dowh,". Giliran Aaron pula menyampuk lalu bangkit dari katilnya. Dia dibontoti oleh Zakwan dan Riz. Mereka bertiga melangkah ke tandas sambil diiringi gelak tawa. 

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now