Sewaktu pasukan D, Ikris, Fatin dan Kak Jenab menyerang tandas awam taman itu, Abil sedang bersusah payah melawan ahli Bintang Merah yang datang. Bilangan mereka bertambah daripada 4 menjadi 10 orang.
Dua orang Keluarga Handerson sudah tumbang. Tinggal Abil dengan 2 orang lagi baki Keluarga Handerson. Salah seorangnya ialah wanita yang ditembak pada bahu sebentar tadi, sewaktu membantu Yin dan kumpulan yang diselamatkan pergi ke rumah selamat.
Mereka sedang berada di sebalik sebuah bongkah batu besar. Di kiri dan kanannya terdapat pokok yang besar. Tembakan dari musuh seperti tidak berhenti.
Dia buntu. Abil Handerson cuba mencari jalan. Dia mendapat idea. Tetapi yang sangat bahaya.
"Aku kene cuba," katanya kepada dirinya sendiri.
Dia mencapai sebiji grenade yang berada lama dalam poket seluarnya. 2 orang Keluarga Handerson yang lain terkejut dengan apa yang Abil pegang sekarang.
"Tuan nak buat apa, ni?" tanya perempuan yang terkena tembakan pada awal tadi.
"Korang stay sini hold position. Aku push diaorang and korang cover aku," jawab Abil.
Tanpa menunggu respon, lelaki itu terus mencabut pin pada grenade di tangannya. Dia tersengih.
"Well Yin aku dah cakap, grenade ni akan berguna satu hari nanti," wajahnya kakaknya itu bermain di fikirannya.
"Yoo, Bintang Merah! Nah mercun raya awal dari Keluarga Handerson!" laung Abil. Lelaki itu membaling grenade ke arah ahli-ahli Bintang Merah.
Grenade itu bergolek pergi ke arah kaki salah seorang ahli Bintang Merah. Rakan kiri dan kanannya turut memandang grenade itu.
"Puk-,"
"BOOMM!!" Satu letupan kuat kedengaran. Nasib Abil dan dua orang baki kumpulannya sempat menutup telinga.
Dia terus melompat melepasi bongkah batu besar itu. Sekarang dia lihat beberapa organ bersepai di atas lantai bumi itu. Sebuah kawah baru terbentuk di hadapannya. Sekali lagi dia tersenyum.
Dia menghampiri seorang ahli Bintang Merah yang masih dalam keadaan pening akibat letupan tadi. Leher ahli Bintang Merah itu dipegang.
"Takkan nak balik dah kut, tak makan lagi kuih raya aku!"
"Bang!"
Sebutir peluru tembus dari belakang dada kiri ahli Bintang Merah itu. Dia terkulai jatuh tidak bernyawa. Abil Handerson mencari sasaran yang baru.
"Bang!" Tepat di kepala.
"Bang!" Leher.
"Bang!" Dada.
Dia lihat dua orang ahli Bintang Merah cuba melarikan diri dari kawasan itu. Muncung pistol diacu.
"Takde adab! Datang tempat orang tak jamu juadah yang ada!" Picu ditekan.
"Bang!"
"Bang!"
Kedua-dua mereka terkulai jatuh. Tembakan tadi tepat pada tengkorak kepala mereka. Abil memandang sekeliling. Mayat dan cerbisan organ bersepahan. Dia mahu bergerak mengambil dua orang baki ahli kumpulannya tapi-
"Bang!"
Betis lelaki itu ditembak. Serta merta dia terkulai jatuh. Darah mengalir laju. Bibir diketap. Dahi lelaki itu berkerut.
"Argh! Kacau mood betullah!" jerit Abil. Dia memandang ke belakang. Ada seorang perempuan yang mukanya penuh tanah dan darah. Perempuan itu sedang berdiri.
Adil menekan picu. Tiada bunyi. Tiada peluru.
"Shit! Waktu ni lah kuih raya habis," omel Abil.
"Pergi mampuslah jantan tak-,"
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...