CH24: Minta Maaf (P2)

373 21 11
                                    

D memandang Ikris. Dia mengangguk sekali. Ikris faham akan arahan itu. Pantas dia berlari laju mengikut jejak Naufal. D kemudian memandang Aridh, Najwan dan Syakir.

"Ikut Ikris. Dia tahu Naufal kat mana," ucap D.

Aridh mengangguk turut mengejar larian Ikris yang semakin jauh dari mereka. Najwan dan Syakir masih setia mengikuti rakan mereka.

Sekarang hanya tinggal D di situ. Dia menghembus nafas kuat. Satu lagi masalah datang. Rambutnya digosok.

Tapi dalam hatinya bersyukur, sebab dia tidak perlu bergaduh dengan Aridh. Ikris, Najwan dan Syakir juga tidak campur tangan. Nasib baik.

"Focus, D. Focus on protecting Naufal," kata D seorang diri. Dia kemudian laju berlari mengejar rakan-rakannya yang jauh ke depan.

Stor sukan~~

Naufal cuba sebaik mungkin melawan lelaki-lelaki di sekelilingnya itu. Tumbukan demi tumbukan. Tendangan demi tendangan. Tetapi ternyata tidak berkesan. Mereka lebih ramai. Naufal mula buntu.

"Cepatlah. Cepatlah, Aridh," hanya itu yang dapat dititipkan oleh mulut Naufal. Perlahan.

"Aku akan puaskan nafsu aku dekat kau. Sepuas-puasnya," tutur El.

Satu langkah diambil. Jarak antara empat lelaki berbaju serba hitam itu. Naufal cuba bersedia dengan apa jua kemungkinan.

"Sebelah sini, bangsat!"

Jeritan itu menghentikan tindakan empat pemuda itu. Mereka semua terkejut. Mata Naufal juga terbuntang. Dia kenal suara itu. Tanpa sedar senyuman terukir di bibir Naufal.

"Aridh," kata Naufal.

Lelaki berempat yang diketuai itu laju berpusing ke belakang. Mereka semua terkejut. Di hadapan mereka 3 orang pelajar SBPXXX serta seorang pelajar SMK Baiduri. Masing-masing dengan riak wajah tidak puas hati. Lagi-lagi Aridh.

"Kau memang tak serik kan, jantan miang?!" laung Aridh lalu terus meluru ke arah El.

Satu tumbukan padu tepat mengena pipi El. Ikris, Najwan dan Syakir terus menuju ke arah baki 3 lelaki berpakaian serba hitam. Serangan mereka semua ganas umpama harimau.

Pemuda-pemuda yang menceroboh SPBXXX itu tidak terlawan dengan kekuatan mereka. Satu per satu tumbang ditolak amarah sahabat-sahabat Ryane Naufal. Jelas tangkas dan padu serangan mereka.

"Macam mana kau lepas daripada lokap haa babi?!" jerit Aridh lalu kaki kanannya laju dituju ke perut El.

El menepis tendangan pemain hoki SBPXXX. Satu langkah diambil ke belakang. Dia perlu menjarakkan diri. Tubuh badannya sudah menerima banyak pukulan.

"Aku dapat pertolongan lah! Aku banyak pengaruh! Setakat lari lokap, hujung jari aku jelah!" balas El.

Pandangan El bertebar melihat keadaan sekeliling. Matanya terbuntang. Anak buahnya sudah jatuh mencium tanah. Masing-masing menahan perit sakit. Ikris, Najwan dan Syakir menghampiri dirinya.

"Anjing. Apahal diaorang semua kuat ni?" tutur El lalu menjauhi mereka.

Bekas pelajar SBP berlari laju ke arah Naufal yang dibelakangnya. Pergerakan Naufal dikunci. Menghalang lelaki kulit putih itu melarikan diri. Sebelah tangan lagi mencapai sesuatu dari dalam poket seluar. Pisau lipat.

"Korang datang dekat. Mati budak ni aku kelar!" awas El. Mata pisau itu dekat dengan leher Naufal. Lelaki tingkatan 4 itu tidak mampu berbuat apa-apa.

Air mata jantan Naufal jatuh. Dia takut nyawanya akan diambil. Dia masih muda. Matanya yang berair itu memandang Aridh.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now