Langkah Naufal mahupun teratur, fikirannya serabut memikirkan lelaki yang baru dikenalinya pada hari ini. Lelaki yang kurang bercakap dengannya. Aridh. Mengapa dia merasakan bahawa lelaki itu seperti memerhatikannya? Dia mahu mengenal pasti adakah benar, tetapi dia tidak dapat melihatnya. Hanya perasaan.
Sekarang Aridh seperti mahu mengikuti dirinya. Adakah dia ada mengganggu Aridh? Apakah Aridh mempunyai masalah dengan dirinya? Dia tidak mahu mendapat musuh pada hari pertama sekolah. Dia tidak mahu mencari masalah. Dia tidak mahu perkara sama berlaku.
Naufal telah sampai di hadapan pintu tandas. Dia melangkah masuk lalu mula menuju ke kubikel bilik mandi yang paling hujung. Setiap kubikel bilik mandi mempunyai sebuah kepala pancuran. Setiap tandas terdapat 8 kubikel bilik mandi dan 8 kubikel tandas.
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Baru selangkah menapak ke dalam kubikel bilik mandi tersebut bahunya telah ditarik ke belakang dengan daya yang agak kuat.
Mata Naufal terbeliak besar. Dia cepat memegang tangan yang menariknya kebelakang lalu memusingkan tubuhnya menghadap individu yang disangka 'penyerang'. Pegangan tangan Naufal pada inidividu tersebut amat kuat. Tidak terlepas.
Sekali dia bertentang mata dengan individu di belakangnya dia terkejut. Mulut dan matanya kian membesar. Aridh sedang memandangnya dengan riak muka tidak percaya. Cepat pemuda yang baru berpindah itu melepaskan pegangan tangannya pada tangan Aridh.
"A... Aridh..! Aku.. aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tak sengaja," pinta Naufal sambil sedikit menunduk. Matanya tertutup rapat sambil memandang lantai tandas tersebut. Naufal mendongak sedikit.
Muka Aridh betul-betul di hadapannya, dia lantas terkebelakang. Dia segera mahu masuk ke dalam salah satu kubikel bilik mandi. Dia tidak kesah yang mana. Asalkan dapat menyorok daripada Aridh.
Baru mahu masuk ke dalam salah satu kubikel, jalannya ke kiri dan kanan telah ditutup dengan lengan Aridh yang berotot. Aridh telah melakukan kabe-don kepada Naufal. Dada Naufal semakin berdebar. Sudahlah dia memegang kuat tangan Aridh sebentar tadi. Adakah Aridh marah akan perbuatannya?
'Baru first day sekolah kut,' getus hati Naufal. Dia memandang ke kanan. Malu dan takut datang bertandang. Muka Aridh berada di hadapannya. Nafas Aridh dapat didengar. Perlahan tetapi kuat.
Tangan Aridh memegang dagu Naufal lalu menggerakkan kepala Naufal memandang ke arahnya perlahan-lahan. Tapi seperti tiada paksaan. Mahupun tangan Aridh kasar tetapi gerak geri dan dayanya tidak memaksa langsung.
Debaran pada dada Naufal semakin berkurang. Dia seperti merasakan Aridh tidak akan memperapa-apakannya. Tetapi dia tidak mahu mengambil lewa lagi-lagi dalam keadaan seperti ini. Matanya masih tertutup rapat.
"Bukak mata kau," Aridh bersuara.
Perlahan-lahan mata Naufal dibuka. Matanya memandang tepat anak mata Aridh, seorang yang dia ingat jarang mengambil kesah pasal orang lain. Jantungnya kembali berdegup kencang. Adakah dia takut? Malu? AHHHHH!! Fikirannya serabut.
"Apa motif kau sebenarnya?"soal Aridh kepada Naufal yang masih berada di antara dua lengannya. Muka mereka hanya berjarak 4 inchi. Naufal pelik. Tidak menyangka soalan itu yang akan keluar dari mulut lelaki yang boleh dikatakan kacak.
"Mo..mo..motif apa?" Naufal membalas soalan Aridh dengan soalan juga. Dia benar-benar tidak tahu apa yang lelaki di hadapannya perkatakan.
"Hey little munchkin, aku tak tahu kau nak buat apa kat dua ekor mamat tu. Tapi sekali aku dapat tahu kau ade niat tak baik kat diaorang,"kata-kata Aridh terhenti tangan kanannya mula mengusap pipi kanan Naufal. Mata Naufal terbeliak.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...