CH21: Penat

396 18 19
                                    

Aridh melangkah perlahan masuk ke dalam dorm dia. Kali ini dia tidak ditemani oleh Najwan dan Syakir. Dua sahabatnya itu sedang mengurus urusan makanan pelajar luar.

Lelaki tingkatan 4 itu menutup pintu dorm kembali. Matanya ditala ke satu arah. Katil yang bertentangan dengan katilnya. Naufal sedang duduk menghadap loker.

Aridh menarik nafas dalam. Dia merapati lelaki berkulit putih itu. Dia mengambil tempat di sebelah Naufal. Naufal pula memandang sekilas wajah Aridh. Naufal kembali memandang loker miliknya.

"Aku just nak tahu pasal D dengan Ikris je," tutur Aridh.

"Diaorang berdua kawan aku, puas," Naufal memberi jawapan yang sama pada Aridh. Lelaki itu bangkit dari duduk. Dia mahu beredar dari situ.

Langkahnya terhenti. Lengannya sedang dipegang erat oleh Aridh. Mata mereka bertentangan. Masing-masing memandang tajam satu sama lain.

"Siapa diaorang sebenarnya?" Aridh menarik lengan Naufal merapati dirinya. Naufal pula mengikut.

"Kawan aku!" Naufal melawan.

"Kawan apa yang datang melawat kau, even berita kau kene ROGOL tu tak tersebar. Parents kau pun tak tahu, tapi diaorang tahu dulu. Kau jangan ingat aku bodoh! Diaorang bukan setakat kawan!"

Mata Naufal membulat mendengar ayat dari Aridh. Perkataan 'rogol' itu sengaja ditekankan oleh pemain hoki itu. Wajah Naufal mula bengis. Mata lelaki berkulit putih itu berair.

"Kenapa kau nak tahu sangat hah?!!" Naufal tidak mengalah. Masih Cuba menarik lengannya dari pegangan Aridh.

Aridh bangkit dari duduk. Masih kuat menggenggam lengan lelaki di hadapannya itu. Gigi pemain hoki itu diketap.

"Aku nak jaga kau lah bodoh!"  laung Aridh Adzriel kembali.

"Aku boleh jaga diri aku sendiri!"

"KALAU KAU BOLEH JAGA DIRI SENDIRI KAU TAK TOREH TANGAN SENDIRI, BODOH!!"

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Aridh. Aridh menyentuh kawasan itu. Tangan pada lengan Ryane Naufal dilepaskan. Aridh memandang wajah Naufal.

Air mata Naufal sudah berjujuran keluar. Badan lelaki itu bergetar. Penumbuk digenggam erat. Aridh mula tidak keruan. Dia terlepas cakap.

"Kau.. KAU TAK LALUI APA YANG AKU LALUI! KAU TAK RASA APA YANG AKU RASA! BUKAN KAU YANG ADA KAT TEMPAT AKU, ARIDH. AKU YANG RASA SEMUA TU BUKAN KAU!!" jerit Naufal. Tangan lelaki itu ditunjuk pada dada Aridh.

"Aku..,"

"Aku tak kuat macam kau, Aridh. Aku tak mampu. Sebab tu D dengan Ikris tolong aku dulu. Aku bersyukur sangat-sangat kau, Najwan dan Syakir sudi jagakan aku, tolong aku, tapi.."

Sekali lagi air mata Naufal menitis. Cepat dikesat. Dadanya turun naik. Matanya yang merah tajam memandang pemain hoki di hadapannnya.

"TAPI ITU TAK JADI SEBAB UNTUK KAU KONGKONG AKU! ITU BUKAN SEBAB UNTUK KAU HALANG AKU KAWAN DENGAN D DAN IKRIS. AKU YANG LALUI TRAUMA SEMUA TU, BUKAN KAU. BUKAN KAU, ARIDH ADZRIEL!!"

Laungan Naufal itu berakhir. Pantas tenaga dikerah untuk berjalan ke pintu dorm itu. Aridh pantas mengejar lalu menahan bahu Naufal.

"Naufal, listen to me please," rayu Aridh.

Naufal segera melepaskan pegangan Aridh lalu menolak lelaki itu kebelakang. Kuat.  Aridh terdorong mengikut arah tolakan Naufal.

"Kau jangan halang aku!" pesan Naufal. Jari telunjuk lelaki berkulit putih itu ditunding ke arah Aridh. Amaran diberi.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now